PKR Sabah akur saranan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengesahkan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi memastikan kestabilan kepimpinan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata keputusan itu dibuat hasil mesyuarat 24 cabang PKR pada 8 Mac lalu, yang sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Setakat semalam, semua 24 cabang telah bermesyuarat dan bersetuju supaya jawatan presiden serta timbalan presiden tidak dipertandingkan, seperti yang dinasihatkan oleh pimpinan parti.

“Keputusan ini diambil bagi mengurangkan pergeseran dalam parti dan memastikan kestabilan kepimpinan,” katanya pada sidang media di Hotel Hyatt Regency, di sini, pada Ahad

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak menafikan prinsip demokrasi dalam parti.

“Kami tidak menghalang sekiranya ada pihak yang ingin bertanding kerana proses demokrasi tetap dihormati,” katanya.

Mustapha berkata, PKR Sabah kini dalam persiapan menghadapi pemilihan parti, dengan proses penamaan calon bagi ketua cabang, ketua wanita, ketua angkatan pemuda, dan jawatankuasa cabang dijadual berlangsung pada 14 hingga 16 Mac ini.

Beliau berkata, pemilihan parti akan diadakan pada 15 April depan, dengan parti memperkenalkan sistem pengundian atas talian buat pertama kali.

“PKR akan melaksanakan kaedah pengundian atas talian menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Ketika ini, kita sedang mengemas kini senarai ahli yang layak mengundi dan bertanding,” katanya.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi mengurangkan birokrasi, menjimatkan kos, dan memudahkan ahli menjalankan tanggungjawab mereka dalam pemilihan parti.

Dalam perkembangan lain, Mustapha memaklumkan bahawa PKR Sabah menyokong pencalonan Ketua Penerangan Negeri, Razeef Rakimin, untuk mengisi salah satu daripada 20 slot Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di peringkat nasional.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran. Ini disebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan