Pimpinan parti berhak menyatakan pendapat tentang calon dan agihan kerusi

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan berpandangan bahawa setiap pimpinan parti mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat berhubung agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), termasuk menentukan calon di kerusi yang disandang parti masing-masing.

Beliau berkata, ini termasuk Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), yang juga Ketua Menteri Sabah, ada hak untuk menentukan calon di kerusi yang disandang parti itu.

Menurutnya, keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk mengekalkan penyandang Datuk Arsad Bistari sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk adalah perkara biasa dalam politik.

“Itu bagi saya, setiap presiden parti ataupun badan pimpinan negeri ini, dia ada hak untuk bercakap untuk kerusi masing-masing. 

“Untuk yang baru-baru ini, saya sendiri hadir majlis berbuka puasa di DUN Tempasuk. 

“Biasalah kita faham Ketua Menteri ini suka kadang-kadang serius, kadang-kadang bercanda. 

“Tetapi dia (Ketua Menteri) umum bahawa penyandang Datuk Arsad Bistari akan kekal bertanding. 

“Bagi saya, tidak ada masalah untuk Ketua Menteri ataupun Presiden mengatakan sebegitu kerana itu adalah kerusi asal juga daripada parti presiden. 

“Kita bukan umum kerusi yang ditandingi oleh Parti Harapan (PH) atau disandang oleh PH tapi saya rasa tidak ada masalah untuk itu,” katanya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama media di sini pada Isnin. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang berpandangan bahawa mengumumkan bakal calon lebih awal bukan langkah yang sesuai sebelum rundingan kerjasama politik dimuktamadkan kerana boleh menimbulkan pergeseran antara parti.

Bagaimanapun, Fairuz berkata, tiada halangan juga bagi Mustapha menyatakan pandangan beliau sebagai wakil pimpinan PH. 

“Itu adalah pandangan beliau. Masing-masing ada pandangan tetapi terpulanglah bagaimana kita memahami pandangan masing-masing. 

“Tetapi bagi saya, apa yang dibuat oleh presiden saya sendiri itu adalah hak beliau sebagai presiden parti dan juga itu adalah kerusi yang sedia ada pada parti ini bukan mengganggu kerusi mana-mana parti,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan lain, Fairuz berkata, pihaknya akan mengemukakan senarai calon muda berpotensi untuk dicadangkan pada PRN17 Sabah dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat, Selasa ini.

“Di peringkat Pemuda, kita sudah mengenal pasti beberapa calon berpotensi, namun senarai itu masih belum dimuktamadkan.

“Kita ada mencadang dalam kurang lebih empat atau lima calon yang untuk diketengahkan dalam PRU akan datang ini,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa proses mencadangkan nama lebih awal kepada presiden parti adalah prosedur biasa dalam pemilihan calon.

“Apa juga keputusan akhir nanti, kami akan akur kepada keputusan presiden,” tambahnya.

Ketika ditanya mengenai siapa calon-calon berpotensi, katanya calon yang sedia ada dan ada yang sepatutnya menjadi calon pada PRN16 yang lepas, termasuk ada wajah baharu. 

Related Posts

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

BETONG – Masjid baharu di daerah kecil Debak kini rasmi dikenali sebagai Masjid Al-Azim selepas dimasyhurkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg pada Jumaat. Majlis perasmian itu menandakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara