PH Sabah tawar komitmen, agenda berani dan radikal demi hak MA63

KOTA KINABALU – PH Sabah menampilkan pendekatan lebih berani dan radikal menerusi pembentangan Dokumen Komitmen PH Sabah sebagai landasan perjuangan mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, dokumen tersebut dirangka dengan pendekatan ‘back to basic’ untuk memenuhi keperluan asas rakyat.

“Pakatan Harapan Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang. 

“Kali ini, kita sangat praktikal. Kita kembali kepada perkara-perkara asas, tetapi dengan pendekatan berani dan radikal,” katanya ketika membentangkan dokumen itu semasa Majlis Pelancaran Komitmen PH Sabah di sini pada Ahad.

Menurutnya, selepas lebih lima dekad, Sabah akhirnya melihat seorang Perdana Menteri yang bersedia menyelesaikan tuntutan MA63 secara konsisten melalui polisi dan tindakan jelas, bukan sekadar kenyataan politik.

“Alhamdulillah, kita ada seorang Perdana Menteri yang sanggup menyelesaikan tuntutan MA63, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Biar Sabah yakin dan percaya bahawa di bawah beliau, hak Sabah akan terus terpelihara,” ujarnya.

Beliau berkata komitmen Perdana Menteri untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai 40 peratus hasil Sabah membuktikan keseriusan Kerajaan Persekutuan dalam menghormati hak tersebut.

“Bagi kami, komitmen daripada kerajaan pusat terutama Perdana Menteri sangat jelas apabila menyatakan tiada rayuan untuk 40 peratus. 

“PH Sabah bersedia mengurus pengembalian 40% peratus hak Sabah,” katanya.

Mustapha turut menekankan bahawa dokumen itu menetapkan keutamaan penyelesaian isu asas seperti air, jalan raya dan elektrik, diikuti agenda pendidikan serta usaha agresif merangsang ekonomi negeri.

Selain itu, PH Sabah memperkenalkan tujuh agenda utama di bawah akronim HARAPAN sebagai prinsip pentadbiran untuk tempoh lima tahun akan datang.

Antara agenda tersebut termasuk memastikan hak Sabah tidak dikompromi melalui penubuhan Sabah Sovereign Wealth Future Fund, meningkatkan akauntabiliti melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan, reformasi pentadbiran, penyediaan 20,000 peluang pekerjaan, pembangunan industri bernilai tinggi, pemerkasaan wanita dan memposisikan Sabah sebagai pemain serantau.

“Semua perancangan ini hanya boleh dijayakan sekiranya 21 calon PH Sabah dimenangkan pada 29 November nanti.

”Ini harapan kami dan harapan orang Sabah,” katanya.

Mustapha berkata dokumen penuh komitmen itu boleh diakses oleh orang ramai secara dalam talian sebagai bukti keterbukaan PH Sabah dalam memperincikan setiap dasar yang dicadangkan.

Hadir sama Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei