Perbarisan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025: SK Tobobon, UiTM Sabah antara ungguli kategori utama

KOTA KINABALU – Sebanyak 169 kontinjen menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 peringkat negeri yang berlangsung meriah pada Ahad, menampilkan semangat patriotik dan perpaduan rakyat berbilang kaum menerusi perbarisan penuh warna-warni dan simbolik.

Penyertaan kali ini merangkumi pelbagai sektor termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta persatuan etnik, menjadikan edisi tahun ini antara yang terbesar pernah dianjurkan di peringkat negeri.

Kemuncak acara ialah pertandingan perbarisan dengan johan setiap kategori membawa pulang wang tunai RM1,500, naib johan RM1,300 dan tempat ketiga RM1,000, selain piala serta sijil penghargaan.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Tobobon muncul johan, manakala kategori sekolah menengah dimenangi Kadet Koreksional Negeri Sabah yang mencuri perhatian dengan persembahan disiplin dan seragam kemas.

Dalam kategori IPTA/IPTS, Komander Kesatria UiTM Sabah dinobatkan sebagai johan, menampilkan semangat nasionalisme tinggi dalam kalangan mahasiswa.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia pula mengungguli kategori NGO, manakala Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan Sabah (SABATA) diumumkan johan kategori persatuan etnik dengan persembahan berunsur budaya tempatan.

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah memenangi kategori sektor swasta, sementara kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi dimenangi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, dan Jabatan Perhutanan Sabah muncul juara kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi.

Sambutan yang diadakan bersempena tema kebangsaan tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, turut dilihat sebagai platform memperkukuh jati diri dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Sabah, selaras aspirasi nasional membina negara berbilang kaum yang bersatu hati.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia