Penyedia perkhidmatan beroperasi tanpa lesen boleh didenda hingga RM1 juta – Fahmi

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial yang didapati bersalah beroperasi tanpa lesen di Malaysia, boleh dikenakan penalti dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) boleh mengambil tindakan tersebut selepas Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 [Akta A1743] mula berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Menurutnya, dalam kes pelanggaran itu, MCMC akan mempertimbangkan tahap keseriusan pelanggaran, impak serta kekerapan dan rekod pematuhan Penyedia Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam memutuskan tindakan yang bersesuaian.

“Berhubung tindakan ke atas penyedia perkhidmatan, MCMC boleh mengambil tindakan di bawah seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] ke atas mana-mana Penyedia Perkhidmatan yang beroperasi tanpa lesen.

“Jika disabitkan kesalahan, penyedia perkhidmatan berkenaan boleh dikenakan penalti yang telah dipinda iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau sepuluh tahun penjara, atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan denda selanjutnya RM100,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu, bagi menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) apakah hukuman kepada pengendali platform media sosial yang gagal memohon lesen Penyedia Media Sosial.

Fahmi berkata, sehingga 13 Februari 2025, tiga syarikat Penyedia Perkhidmatan telah dilesenkan iaitu WeChat International Pte Ltd (WeChat) dan TikTok Pte Ltd (TikTok) pada 1 Januari 2025 dan Telegram Messenger Incorporated (Telegram) pada 2 Januari 2025.

“Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memastikan industri komunikasi dan multimedia di dalam negara dikawal selia dengan baik demi kebaikan rakyat.

“Selari dengan aspirasi Kerajaan, MCMC telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial (Penyedia Perkhidmatan) bermula 1 Januari 2025 ke atas Penyedia Perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelesenan,” ujarnya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori