Pengurus rugi lebih RM700,000 buat pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 selepas mendakwa terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, wanita berusia 47 tahun itu memuat turun satu aplikasi pelaburan dengan pautan diberikan suspek pada Julai tahun lalu.

Katanya, mangsa membuat pelaburan secara berperingkat dengan melakukan tujuh transaksi kepada empat akaun bank berbeza.

“Mangsa dimaklumkan mengenai keuntungan diperoleh melalui aplikasi itu, tetapi tidak dibenarkan membuat pengeluaran.

“Mangsa mula menyedari ditipu selepas diminta menambah modal pelaburan. Sumber kewangan digunakan mangsa adalah daripada simpanan dan pinjaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Katanya, orang ramai diingatkan membuat semakan nombor akaun diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Related Posts

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi. Wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM