Kilang proses telur masin musnah lebih 60%, bomba ambil masa 7 jam padam api

TAIPING – Sebuah kilang memproses telur masin musnah lebih 60 peratus dan bomba mengambil masa 7 jam memadam api dalam kejadian kebakaran di Kampung Nibong di Temerlok, Trong dekat sini pada awal pagi Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, kilang memproses telur masin kelas B itu musnah 80 peratus daripada struktur kilang.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

“Pihak Bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 2 pagi.

“Seramai 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, BBP Taiping, BBP Pantai Remis dan BBP Seri Manjung di atur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi mendapati api sedang marak memusnahkan 60 peratus daripada struktur kilang.

“Namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,”katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Sabarodzi, anggota bomba mengaplikasikan RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dalam operasi pemadaman kebakaran pada kilang tersebut.

“Kita (bomba) juga menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki serta tiga pancutan air dari tangki jentera BBP Seri Manjung sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,”jelasnya.

Tambah beliau, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II, Mohd Shahidan Hassan itu tamat pada jam 9.34 pagi.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar