Pengunduran Malbatt diputuskan Unifil, Malaysia tak buat keputusan sendiri – Khaled

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, walaupun acaman semakin meningkat di selatan Lubnan, tetapi Malaysia tidak akan mengambil tindakan unilateral atau bersendirian melibatkan penyertaan pasukan Malbatt 850-11.

Sebaliknya kata Khaled, pengunduran pasukan pengaman termasuk Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 yang menyertai misi di Lubnan akan diputuskan oleh Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) dan persetujuan bersama 50 negara yang terlibat.

Beliau menyatakan, pasukan pengaman yang menyertai misi tersebut sudah mempunyai pelan yang disediakan, jika keadaan meruncing dan semua operasi serta pergerakan adalah di bawah tanggungjawab Unifil.

“Keputusan sama ada undur atau tidak, bergantung kepada keputusan Unifil dan juga persetujuan bersama semua negara yang terlibat menghantar pasukan pengaman iaitu seramai 50 buah negara termasuk Malaysia, dan bukan tindakan unilateral kita bersendirian.

“Untuk makluman, Indonesia pun yang mana tentera mereka terlibat cedera akibat serangan Israel, Menteri Luar (Indonesia) membuat kenyataan pada 14 September lalu, mereka akan terus bersama menjayakan pasukan pengaman di bawah Unifil. Walaupun cedera, pertama bukan untuk berundur atau menarik diri,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang mahu tahu keselamatan Pasukan Malbatt di Lubnan.

Ikmal turut mahu tahu aadakah pasukan Malbatt dibenarkan membuat tembakan balas jika kedudukan mereka diserang oleh Israel.

Menjawab pertanyaan tersebut, Khaled menjelaskan pasukan pengaman dibenarkan untuk membalas tembakan bagi tujuan perlindungan diri jika berlaku serangan.

“Maka boleh untuk kita membalas tembakan dan sebagainya tetapi untuk lakukan serangan ofensif adalah tidak dibenarkan.

“Ini kerana peranan dan tanggungjawab Unifil adalah sebagai pengaman, tetapi kalau ia diserang, untuk pertahanan diri boleh dilakukan,” jelas Khaled.

Mengenai fasiliti dewan bedah pula, Khaled memaklumkan ia disediakan oleh Unifil dan terletak kira-kira satu jam dari kem Malbatt, selain di kem pasukan Malaysia turut memiliki kemudahan asas merawat pada tahap dua.

Pada masa sama, beliau berkata pasukan Malbatt juga menjalinkan kerjasama dengan hospital tempatan.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen