Belanjawan 2025: Golongan usahawan kecil dan sederhana harap tambah program, peruntukan

SEREMBAN – Golongan usahawan dan peniaga kecil di Negeri Sembilan berharap agar lebih banyak inisiatif dan bantuan akan dilaksanakan oleh kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan Jumaat ini.

Menurut seorang pekerja kedai gunting rambut, Hafizan Mohd Ali, 44, kerajaan disarankan membuka lebih banyak peluang untuk golongan usahawan kecil maju ke peringkat yang lebih tinggi dalam perniagaan diceburinya.

Justeru, penting juga pihak kerajaan meluaskan tawaran kepelbagaian program termasuk berkaitan bimbingan dan latihan serta bantuan kewangan dalam bidang perniagaan.

“Harapan saya kepada kerajaan supaya mempelbagaikan lagi bantuan dan menaiktaraf usahawan kecil ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai contoh memberikan inisiatif kursus-kursus yang lebih sesuai dengan setiap peniaga, sekarang ini kita lihat tak banyak lagi kerana usahawan kecil ada pelbagai jenis perniagaan.

“Perkara ini penting dalam meningkatkan lagi kefahaman dalam bidang perniagaan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada Khamis.

Sementara itu, tukang jahit, Nur Dalila Sharif, 36, meletakkan harapan tinggi dari aspek modal perniagaan dengan mempelbagai skim bantuan dan pinjaman kewangan khusus peniaga-peniaga kecil.

Nur Dalila berkata, dia juga berharap agar prosedur pinjaman perniagaan akan dipercepatkan daripada kebiasaan kerana terdapat projek yang dijalankannya memerlukan kos yang besar.

“Saya berharap akan ada lebih banyak pinjaman untuk usahawan kecil yang kompeten dah lebih mudah daripada seluruh aspek.

“Kerana orang meniaga ini duit keluar dan masuk lebih kerap. Sekiranya pinjaman itu memakan masa yang panjang dan ada projek yang lebih besar masuk mungkin kita tak dapat meneruskan kerana kekurangan dana,” katanya.

Bagi peniaga gerai makan, Zainal Abidin Harun, 65, pula berkata, sebagai peniaga, penstabilan harga barangan amat wajar dilaksanakan memandangkan rutin hariannya mendapatkan barangan daripada pembekal.

“Untuk Belanjawan 2025 ini, saya sebagai peniaga makanan berharap agar harga barangan mampu distabilkan.

“Sekiranya harga barangan termasuk barangan mentah agak tinggi, boleh menyebabkan kekurangan pelanggan datang makan di luar,” katanya.

Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 2024 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

KUALA LUMPUR – Kerjasama erat antara institusi kewangan tempatan dalam menyokong agenda nasional terus menjadi pemacu penting kepada kestabilan ekonomi Malaysia, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan