Penguatkuasa DBKU disimbah air panas penjaja tanpa permit?

KUCHING – Keadaan di sekitar Stadium Negeri Sarawak tegang apabila anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) disimbah dengan air panas oleh penjaja dipecayai tidak mempunyai permit di kawasan itu.

Melalui satu video tular di media sosial, sekumpulan anggota penguatkuasa DBKU sedang menjalankan tugas menyita peralatan perniagaan dari penjaja dipercayai tidak mempunyai permit, sebelum disimbah air panas.

Sejurus kemudian, muncul seorang penungang motorsikal muncul secara melulu dengan melanggar salah seorang anggota penguatkuasa berkenaan dengan motorsikal.

Menurut sumber dari DBKU, peniaga-peniaga tersebut telah diberi amaran lebih awal untuk mengemas peralatan perniagaan mereka sebelum operasi penyitaan dijalankan.

Namun, keengganan segelintir peniaga untuk mematuhi arahan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan drastik dengan menyita semua premis yang tidak berpermit.

“Pihak DBKU telah menyediakan ruang khas untuk aktiviti jualan sepanjang SUKMA berlangsung. Premis yang tidak berdaftar adalah tidak dibenarkan sama sekali,” kata pegawai tersebut.

Tindakan tegas pihak berkuasa mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam. Seorang pengunjung yang ditemui bersetuju dengan tindakan penyitaan, menyatakan bahawa kawalan ketat terhadap peniaga tanpa permit adalah penting bagi mengekalkan imej bersih negeri Sarawak.

“Ini acara berprestij, jika peniaga seperti ini tidak dikawal, akan terhasil banyak sampah dari cawan pakai buang, plastik dan sebagainya.

“Kita mahu pamerkan imej negeri Sarawak yang bersih. Orang awam perlu faham undang-undang dan rasional kerajaan mengenakan syarat kepada peniaga yang ingin mencari pendapatan sepanjang musim SUKMA ini. Agak kecewa cerita seperti ini menjadi tular seolah-olah ingin menyalahkan pihak berkuasa,” ujar beliau.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi