Pengiktirafan Gua Niah sebagai tapak Unesco perkasakan sektor pelancongan

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan Sarawak akan melaksanakan pelan pembangunan di Miri dan Niah susulan pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Pengiktirafan ini membuka peluang besar meningkatkan industri pelancongan di kawasan tersebut sekali gus memanfaatkan peluang ini bagi memperkasa ekonomi tempatan.

Beliau menegaskan sebarang rancangan pembangunan infrastruktur tidak akan dijalankan di dalam kawasan Taman Negara Niah sendiri.

“Ini adalah untuk mematuhi keperluan pemuliharaan yang ditetapkan oleh Unesco bagi mengekalkan status Tapak Warisan Dunia,” kata beliau lagi.

Selain itu, ujar beliau, lerajaan tidak akan menjalankan sebarang kerja naik taraf kemudahan di dalam Taman Negara Niah itu sendiri kerana tapak tersebut mesti dikekalkan dalam keadaan semula jadi, selaras dengan garis panduan pemuliharaan Unesco.

Namun, beliau menambah kerajaan merancang membangunkan kawasan sekitar yang meluaskan pengaruh taman negara tersebut, termasuk Miri, Beraya, Lambir dan Niah.

“Kemudahan keselamatan seperti pemasangan lampu dan laluan pejalan kaki akan dibenarkan di dalam tapak warisan itu.

“Ini bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung yang datang ke kawasan tersebut,” kata beliau ketika menyampaikan kenyataan ini dalam sidang media selepas merasmikan perkhidmatan Bas Pintar Miri di terminal bas pusat di Miri.

Dengan siapnya terminal Bas Miri Sentral serta pemerolehan MASwings dalam masa terdekat, potensi pelancongan bandar Miri akan meningkat.

Miri dijangka menjadi pintu masuk utama bagi pelancong yang ingin mengunjungi Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah, kedua-duanya merupakan tarikan pelancongan semula jadi dan warisan yang penting.

Difahamkan projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Marudi ke Long Terawan akan dimulakan pada 2025, setelah Jambatan Marudi dijangka siap pada akhir tahun ini.

Pembangunan infrastruktur ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti ke kawasan pedalaman, terutamanya kepada Taman Negara Mulu, yang terletak berdekatan dengan Long Terawan.

Projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Marudi ke Long Terawan akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan Sarawak.

Selain memudahkan akses ke Taman Negara Mulu, jalan raya ini juga akan menghubungkan kawasan Long Lama dan Limbang, di mana terletaknya Taman Negara Gunung Buda.

Tambahan pula, jalan baharu yang menghubungkan Marudi ke Long Terawan akan disambungkan ke Lebuhraya Pan Borneo, melalui negara jiran Brunei Darussalam.

Sambungan ini akan memperluas jaringan jalan raya di kawasan tersebut, memudahkan pergerakan di antara Sarawak, Brunei dan Sabah.

Pelancaran perkhidmatan Bas Pintar Miri sejajar dengan pelan Bandar Pintar Miri, yang bertujuan menjadikan Miri sebagai bandar lebih moden dan berdaya saing.

Perkhidmatan bas percuma ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan pengangkutan awam yang efisien dan mudah diakses.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan memperluaskan perkhidmatan Bas Pintar Miri ke kawasan bandar lain, beliau menyatakan kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan perkara ini.

Beliau juga berkata terdapat perancangan mengembangkan perkhidmatan ini ke Sibu, namun projek ini hanya akan dilaksanakan selepas projek pembangunan semula Bukit Assek selesai.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan negeri, Datuk Seri Lee Kim Shin, mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memperkenalkan perkhidmatan bas percuma kepada masyarakat Miri.

Beliau menekankan inisiatif ini akan memberikan manfaat besar kepada penduduk dengan menyediakan pengangkutan awam yang lebih mudah dan berpatutan.

Menurut Lee Kim, pengendali perkhidmatan Bas Pintar Miri, Miri City Bus Sdn Bhd, membeli 14 unit bas pintar baharu model Euro 3 Volvo City.

“Bas ini dilengkapi dengan pelbagai ciri mesra orang kurang upaya, termasuk akses yang lebih baik untuk penumpang berkeperluan khas.

Selain itu, ujar beliau, bas ini juga dilengkapi dengan peranti pengesan Global Positioning System (GPS) untuk memudahkan pemantauan dan pengurusan perjalanan, serta kotak hitam untuk tujuan keselamatan dan pemantauan.

“Ciri penting lain adalah teknologi Keutamaan Isyarat Bas (BSP), yang membolehkan bas mendapat keutamaan di lampu isyarat, seterusnya mempercepatkan perjalanan dan meningkatkan efisiensi perkhidmatan pengangkutan awam di Miri.

Semua ciri ini menunjukkan komitmen kerajaan dan pengendali untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berdaya saing kepada masyarakat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki dan timbalan menteri lain.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM