Penggunaan MyKad percepat proses bantuan SARA kepada rakyat Sabah, Sarawak

PENAMPANG – Penggunaan MyKad sebagai medium pembayaran mempercepatkan proses Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang kini diperluaskan di Sabah dan Sarawak mulai tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan SARA di Sabah dan Sarawak tidak lagi dilakukan secara tunai, sebaliknya menggunakan MyKad sebagai medium pembayaran di premis-premis pasar raya dan lain-lain. 

“Penerima yang layak kini boleh menggunakan MyKad bagi tujuan tersebut. 

“Sekali gus mempercepatkan proses penyampaian bantuan yang sebelum ini mengambil masa yang lama,” katanya ketika ditemui semasa merasmikan ‘Happy Hour’ Jualan Rahmah, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau juga turut menerangkan tentang perbezaan sumbangan kerajaan kepada rakyat.

“STR ini adalah pemberian sumbangan kerajaan melalui kaedah tunai yang dimasukkan ke dalam akaun para penerima.

“Manakala, SARA pula yang fungsinya untuk pembelian sumbangan asas atau keperluan asas.

“Kerajaan persekutuan turut meningkatkan sumbangan kepada RM13 bilion tahun ini daripada RM10 bilion tahun sebelumnya,” katanya.

Armizan berkata pengguna di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan terminal di pasar raya terlibat untuk membuat pembayaran dan menyemak baki dengan MyKad.

“Kementerian Kewangan (MOF) bersama penyedia sistem Yayasan Khazanah telah memilih premis-premis yang terlibat dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Senarai lokasi premis yang terlibat boleh disemak melalui laman web rasmi mereka.

“Premis perniagaan pasar raya yang ingin menyertai program ini, boleh memohon kepada MOF.

“Ia dapat meningkatkan jumlah premis yang tersedia, membolehkan rakyat memanfaatkan sepenuhnya sumbangan kerajaan,” ujarnya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang