Pengeluaran daging lembu Sawit Kinabalu akan dipertingkat – Hazem Mubarak

SANDAKAN – Kumpulan Sawit Kinabalu (Sawit Kinabalu) merancang untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran daging lembu pada masa hadapan.

Pengerusinya, Hazem Mubarak Tun Musa Aman berkata, pada masa kini Sawit Kinabalu memiliki sektor penternakan lembu dengan anggaran 14,000 ekor lembu yang ditempatkan di ladang lembu di Balung, Tawau.

“Kumpulan Sawit Kinabalu juga telah merancang serta melaksanakan proses pengeluaran daging lembu, namun kapasiti ketika ini masih dalam skala kecil.

“Kita memang mempunyai perancangan untuk memperbesarkan operasi, khususnya dari segi penyembelihan lembu supaya dapat mengeluarkan lebih banyak daging lembu pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui media pada program Kinabalu Iftar Ramadan di Masjid Raya Seri Aman, Rancangan Sungai Manila Batu 12, di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg berkata, jumlah pengeluaran lembu oleh syarikat berkenaan boleh mencecah sehingga 6,000 ekor setahun termasuk bagi musim korban.

“Pada musim korban sahaja, antara 2,500 hingga 3,000 ekor lembu dapat dikeluarkan.

“Daripada jumlah itu, sekitar 1,500 ekor akan disembelih untuk pengeluaran daging bagi jualan pada musim korban.

“Secara keseluruhannya, jumlah lembu yang dikeluarkan dalam setahun termasuk musim korban adalah kira-kira 6,000 ekor,” katanya.

Mengukas mengenai isu banjir, Hazem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila berkata, kawasan berkenaan turut terjejas akibat banjir yang melanda sebelum ini.

“Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan harta benda.

“Kita cuba membantu mangsa yang rumah mereka mengalami kerosakan seperti lantai rumah, peti sejuk dan juga kenderaan.

“Selain itu, banjir turut menyebabkan beberapa jambatan rosak.

“Kita mengambil inisiatif mempercepatkan pembinaan jambatan sementara supaya dapat digunakan penduduk terutama pelajar yang perlu menyeberang untuk ke sekolah setiap hari,” ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat cadangan untuk membina jambatan yang lebih kukuh dan tahan lama bagi mengelakkan masalah sama berulang pada masa hadapan.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil