Bazar Ramadan jadi medan MCMC sebar mesej internet selamat

MIRI – Kemeriahan pengunjung mencari juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan PermyMall dekat sini, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyantuni masyarakat menerusi Kempen Internet Selamat pada hari ini.

Program santai yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 6 petang itu dianjurkan bagi memberi pendedahan mengenai amalan melayari internet secara selamat, beretika, dan bertanggungjawab.

Fokus utama kempen ini adalah untuk mendidik pengguna media sosial, terutamanya dalam kalangan golongan rentan seperti kanak-kanak dan remaja.

Bagi menarik perhatian pengunjung, pelbagai pengisian interaktif telah dirangka termasuk sesi perkongsian maklumat dan edaran risalah mengenai kesedaran keselamatan siber.

Malah, orang ramai turut diberikan penerangan secara terus mengenai langkah-langkah melindungi kerahsiaan data peribadi bagi mengelakkan diri daripada terjerat dengan sindiket penipuan dalam talian (scammer).

Menurut jurucakap penganjur, penganjuran kempen di lokasi tumpuan ramai seperti bazar Ramadan merupakan inisiatif serampang dua mata yang berkesan untuk menyampaikan mesej keselamatan digital kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Usaha tersebut nyata membuahkan hasil apabila rata-rata pengunjung yang singgah menunjukkan minat yang tinggi dan mengambil peluang menyertai aktiviti yang disediakan.

Menerusi penganjuran kempen ini, masyarakat diharap menjadi pengguna digital yang lebih bijak dan sentiasa berwaspada terhadap risiko jenayah siber yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16