Pemindahan Pasar Dinihari langkah strategik pembangunan Sandakan

SANDAKAN – Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Chong Thien Ming mempertahankan keputusan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) memindahkan Pasar Dinihari ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai, sambil menegaskan langkah itu perlu dilaksanakan tanpa terus melengah-lengahkan tindakan.

“Ini bukan keputusan tergesa-gesa. Kajian sudah dibuat dan masalah kesesakan di pusat bandar semakin serius. Kita tidak boleh terus bertangguh,” katanya.

Menurut Thien Ming, Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai yang terletak kira-kira 2.3 kilometer dari pusat bandar adalah penyelesaian paling praktikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, masalah parkir dan pergerakan lori besar di kawasan Pasar Dinihari.

“Setiap hari kita terima aduan orang ramai. Parkir berganda, lori besar masuk ke laluan sempit. Kalau dibiarkan, keadaan akan jadi lebih teruk,” kongsinya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Tambah Thien Ming, kegagalan mengambil tindakan tegas bukan sahaja menjejaskan kelancaran bandar, malah memberi tekanan berterusan kepada peniaga tempatan yang terpaksa beroperasi dalam keadaan tidak tersusun.

Beliau turut menyentuh isu peningkatan peniaga tanpa dokumen sah dan penjaja bukan warganegara yang disifatkan semakin berleluasa.

“Kita mesti tegas. Peniaga tempatan tidak boleh terus ditekan oleh persaingan tidak adil. Ini soal keadilan dan kelangsungan ekonomi tempatan,” katanya.

Tambahnya lagi, pemindahan ke Pasar Borong Bandar Ramai-Ramai menawarkan kemudahan lebih tersusun termasuk ruang berniaga berbumbung, parkir mencukupi dan kadar sewaan lebih rendah, selain menyelesaikan isu penggunaan ruang awam oleh lori borong.

Dalam pada itu, Thien Ming turut menyelar pihak tertentu yang didakwanya mempolitikkan isu berkenaan.

“Isu ini bukan soal politik murahan. Ini soal pengurusan bandar dan kepentingan rakyat Sandakan,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Presiden MPS, Walter Kenson yang disifatkan berani membuat keputusan demi kepentingan jangka panjang bandar itu.

Related Posts

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah