Pemimpin Thailand-Kemboja dijadual jumpa Anwar hari ini

PUTRAJAYA – Satu pertemuan membabitkan pemimpin Thailand serta Kemboja dijangka berlangsung di Putrajaya, hari ini, bagi membincangkan gencatan senjata susulan konflik antara negara berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, rundingan itu akan berlangsung pada jam 3 petang.

“Mereka (wakil Kerajaan Thailand dan Kemboja) meminta saya berunding mengenai satu penyelesaian damai, jadi kita akan menjadi tuan rumah mesyuarat itu di sini pada jam 3 petang esok (hari ini).

“Justeru, saya sedang membincangkan parameter, syarat-syaratnya… tetapi apa yang penting ialah gencatan senjata serta-merta,” katanya pada Majlis Ilmu MADANI, malam tadi.

Anwar berkata, beliau dijangka mempengerusikan rundingan antara kedua-dua wakil negara itu, termasuk membincangkan syarat dikemukakan kedua-dua pihak.

Beliau menjelaskan, perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu tercetus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa mereka mencari penyelesaian terhadap krisis berkenaan.

Selain itu, katanya, beliau difahamkan bahawa China juga pernah menghubungi kedua-dua pihak bagi menghentikan konflik berkenaan.

Perdana Menteri berkata, satu pasukan dari Malaysia dan mungkin juga dari negara jiran, akan memantau perbincangan itu bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik.

“Jadi, mengikut kemampuan kita, kita cuba yang terbaik dan Alhamdulillah, kita diberikan kepercayaan serta penghormatan. Mereka sememangnya rakan rapat kita, jiran kita dan kita bekerja bersama-sama.

“Saya berharap ini akan berjaya. Kita perlu terus berusaha memastikan parameternya selaras.

“Menteri Luar dan Kementerian Luar sedang bekerja sepanjang malam untuk memastikan segala-galanya jelas kerana ia bukan mudah… anda tahu apabila tembakan masih berterusan dan M16 masih berbalas tembakan.

“Jadi, walaupun keadaan ini tidak seteruk di banyak negara lain, kita tetap perlu menghentikannya kerana saya sentiasa berbangga dengan hakikat bahawa ASEAN masih merupakan rantau paling aman di dunia dan ekonomi paling pesat berkembang di dunia,” katanya lagi seperti dipetik dari Bernama.

Terdahulu, dilaporkan Kerajaan Thailand mengesahkan akan menghadiri rundingan damai serantau di Malaysia bagi membincangkan konflik sempadan yang semakin memuncak dengan Kemboja.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang