Tiada rancangan naik ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai sektor pembinaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan tidak bercadang menaikkan nilai ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai bagi sektor pembinaan daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kementerian juga setakat ini belum mengemukakan apa-apa permohonan bagi tujuan berkenaan.

“Setakat ini tidak ada cadangan untuk meningkatkan nilai ambang (pendaftaran perkhidmatan bercukai bagi sektor pembinaan) kepada RM3 juta dan tak nampak ia akan berlaku… bererti nilai ambang RM1.5 juta akan kekal dan tiada rancangan untuk dinaikkan kepada RM3 juta.

“Ini (prosedur menaikkan nilai ambang) adalah bidang tugas Kementerian Kewangan, mereka tentu mengetahui dan memahami keperluan untuk menaikkan nilai ambang. Bagaimanapun, setakat ini KKR tidak minta (untuk) menaikkan nilai ambang seperti diminta Yang Berhormat,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen (PN) Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mengenai pertimbangan menaikkan nilai ambang pendaftaran perkhidmatan bercukai, terutama bagi sektor pembinaan, sewaan dan pajakan.

Dalam pada itu, Ahmad menegaskan mana-mana kontraktor yang kerap dikenakan denda susulan kerja pembinaan menerima had lanjutan masa (EOT), berisiko tidak dianugerahkan apa-apa projek baharu daripada kerajaan.

“(Mengenai) projek lewat, kita memang tak suka EOT, (sebaliknya) kita suka AOT iaitu mendahului jadual pelaksanaan. Mana-mana syarikat yang menerima dua atau tiga EOT, mereka akan dikenakan denda (LAD) mengikut bilangan hari diputuskan dengan jumlahnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit sehari.

“Ia (LAD) menjadi halangan kepada mereka, jika sering dikenakan denda, selain kalau kerap dikenakan denda, masa hadapan mereka tak akan diberikan projek lagi,” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan, beberapa bantuan diberi untuk membantu kontraktor sektor pembinaan, termasuk penetapan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih rendah kepada golongan itu.

Sebagai contoh, beliau memaklumkan, cukai profesional seperti dikenakan ke atas jurutera dan arkitek adalah lapan peratus namun kontraktor pembinaan hanya dikenakan enam peratus.

“Ini adalah antara kaedah bantuan, manakala kontraktor kecil G1, G2, G3 dan G4 yang tidak melepasi nilai ambang RM1.5 juta pula tidak dikenakan cukai. Kita juga sentiasa mengadakan dialog berterusan dengan industri serta memberi penekanan ke atas produktiviti dan inovasi.

“Selain memberi pengecualian bagi projek tertentu seperti perumahan rakyat. Ini dikecualikan daripada SST untuk sektor pembinaan, selain mungkin insentif yang boleh dirunding dengan kerajaan,” katanya.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta