Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Suspek bekas guru, mahu bincang pasal forex

MELAKA – Suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, disambung reman selama tujuh hari bermula esok.

Perintah reman sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee terhadap suspek yang berusia 37 tahun bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap bewarna jingga tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis.

Suspek sebelum ini telah ditahan reman bersama isterinya selama tujuh hari sejak 6 Ogos lalu selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Istiqomah, yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3, Johor.

Istiqomah dilaporkan hilang pada 27 Disember lalu selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Lotus Kota Masai kira-kira pukul 2 petang hari sama.

Pada 31 Disember tahun lalu, mayat seorang wanita ditemui dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos baru-baru ini mendapati ia sepadan dengan mayat ditemui.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek merupakan bekas kekasih Istiqomah dan berkenalan ketika kedua-duanya menuntut di institusi pendidikan.

“Kita percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.

“Kita telah mendapat perintah reman ke atas suspek lelaki bagi meneruskan siasatan, manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan pihak polis,” katanya.

Related Posts

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

CYBERJAYA – Kerajaan kemungkinan akan melaksanakan pemotongan gaji terhadap menteri sekiranya keadaan ekonomi negara menjadi lebih teruk dan runcing. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini, gaji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil