Pembangkang cuba main naratif mengelirukan susulan cadangan penyasaran subsidi RON95

DAKWAAN Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berhubung cadangan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan, dilihat sebagai cubaan mewujudkan naratif palsu bagi mengelirukan rakyat.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebagai seorang pemimpin, Ahmad Fadhli seharusnya memahami dan meneliti cadangan itu secara menyeluruh sebelum mengeluarkan kenyataan bersifat ‘separuh masak’.

“Mengapa (Ahmad Fadhli) tidak menyebut sekali subsidi penyasaran berkenaan lebih tertumpu kepada usaha untuk menghentikan penggunaan 40 peratus bahan api bersubsidi oleh golongan T15 dan warga asing? Itulah ‘ibu segala isi’ cadangan kerajaan.

“Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jaminan 85 peratus rakyat terbanyak tidak akan terkesan dengan cadangan itu.

“Perkara ini tidak diceritakan, yang diceritakan ialah kisah ‘separuh masak’ iaitu kerajaan nak tarik subsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu hantaran di Facebook mendakwa jangkaan penarikan subsidi RON95 dilaksanakan selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota pada 28 September lalu ‘menjadi kenyataan’.

Muhammad Kamil berkata, hingga kini pembangkang bukan sahaja gagal memberikan kritikan membina, sebaliknya kerap mewujudkan spekulasi jahat bagi membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

“Kerajaan berdepan cabaran dan asakan berlandaskan fitnah dan kecaman kerana hasutan mereka membangkitkan emosi, sikap prasangka serta kebencian dan bukannya menggunakan pertimbangan rasional,” katanya.

Related Posts

AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi label orang bebal, namun gagal kemukakan pelan realistik tangani krisis

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pimpinan kerajaan bebal dan bangang disifatkan retorik murahan yang langsung tidak membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa. Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori