Pemadam Sarawak giat dekati belia, perangi dadah melalui e-sukan

KUCHING – Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) Cawangan Sarawak terus memperhebat usaha mendekati golongan belia menerusi pendekatan kreatif dan inovatif, termasuk penganjuran aktiviti sukan elektronik (e-sukan) bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Pengerusi Pemadam Sarawak merangkap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program BreakOff eSports Challenge 2025 (BEC2025) yang kini memasuki edisi ke-10 menjadi platform ampuh dalam menyampaikan mesej pencegahan kepada generasi muda.

“Melalui penganjuran program seperti ini, kita dapat menyampaikan peringatan serta mesej penting berkaitan bahaya dadah kepada peserta, khususnya dalam kalangan belia,” katanya semasa menyempurnakan majlis penutupan BEC2025 di Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) cawangan Santubong pada Ahad.

Menurutnya, Pemadam Sarawak menganjurkan program itu sejak 10 tahun lalu dengan matlamat menarik minat belia ke arah aktiviti sihat dan membina, sekali gus menjauhi pengaruh gejala sosial.

“Pembangunan e-sukan dalam kalangan belia boleh menjadi satu pendekatan alternatif yang positif bagi menghindarkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak menambah, sambutan memberangsangkan terhadap program e-sukan itu membuktikan perlunya sebuah pusat khas e-sukan diwujudkan di Kuching bagi melahirkan pemain bertaraf profesional.

“Jika kita berjaya membina pusat e-sukan di Kuching, ia bukan sahaja akan memberi ruang pembangunan kepada belia, malah mampu melahirkan atlet e-sukan bertaraf dunia,” katanya lagi.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan Kuching City FC dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori permainan bola sepak dalam talian 11-sebelah, sekali gus menutup tirai BEC2025 dengan penuh meriah.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri