SPRM tahan pegawai imigresen terbabit ‘counter setting’

GEORGETOWN – Dua pegawai Imigresen ditahan semalam, bagi membantu siasatan berhubung ‘counter setting’ membabitkan kemasukkan warga asing ke Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menerusi kenyataannya berkata, mereka ditahan dalam satu operasi khas berhubung kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dikesan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Susulan maklumat risikan yang diterima, SPRM Pulau Pinang menahan dua pegawai Imigresen bagi membantu siasatan.

“Penahanan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jaringan dan modus operandi sepenuhnya,” menurut kenyataan itu, hari ini.

SPRM menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa khususnya dalam sektor penguatkuasaan keselamatan dan kedaulatan negara.

Related Posts

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

UNIMAS diiktiraf Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan