Mukah dilanda jerebu dan cuaca panas, penduduk dinasihat berjaga-jaga – Hanifah Hajar Taib

MUKAH – Keadaan berjerebu dan cuaca panas berpanjangan yang melanda Mukah sejak beberapa hari lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang menunjukkan paras tidak sihat.

Punca utama keadaan itu dipercayai berpunca daripada kebakaran ladang berhampiran Lapangan Terbang Mukah serta Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang asalnya tercetus daripada kebakaran belukar di kawasan kampung berdekatan.

Susulan itu, operasi pemadaman kini sedang giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mukah dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, menyatakan solidariti beliau kepada seluruh warga Mukah yang terkesan dengan keadaan cuaca semasa.

“Ingatan dan doa saya bersama warga Mukah yang sedang menghadapi cabaran ini. Diharapkan segala urusan anggota barisan hadapan yang terlibat dalam operasi pemadaman dipermudahkan dan mereka sentiasa dilindungi sepanjang menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru penduduk Mukah agar mengehadkan aktiviti luar rumah dan mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar, terutama bagi golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Dalam masa sama, penduduk perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan mendapatkan maklumat terkini daripada saluran rasmi,” tambahnya.

Keadaan IPU di kawasan terjejas terus dipantau dari semasa ke semasa oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan orang ramai diminta tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Related Posts

MAH Sabah-Labuan, STB disaran perkukuh strategi pemasaran pelancongan – Masidi

KOTA KINABALU – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sabah dan Labuan disarankan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bagi memperkukuh pemasaran pelancongan secara lebih strategik selaras dengan keadaan semasa. Timbalan Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Batalion 17 PGA rekod 16 serbuan, rampasan RM2.24 juta sepanjang April

LAHAD DATU – Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu merekodkan 16 serbuan dengan rampasan barangan bernilai RM2.24 juta menerusi Operasi (Op) Bersepadu, sepanjang April lalu. Batalion 17 PGA…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MAH Sabah-Labuan, STB disaran perkukuh strategi pemasaran pelancongan – Masidi

MAH Sabah-Labuan, STB disaran perkukuh strategi pemasaran pelancongan – Masidi

Batalion 17 PGA rekod 16 serbuan, rampasan RM2.24 juta sepanjang April

Batalion 17 PGA rekod 16 serbuan, rampasan RM2.24 juta sepanjang April

Ops Tiris 4.0 rekod 506 kes, 147 individu ditahan

Ops Tiris 4.0 rekod 506 kes, 147 individu ditahan

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

Langkah-langkah permohonan Dana Inovasi Media Fasa 5

  • By Siti
  • May 5, 2026
Langkah-langkah permohonan Dana Inovasi Media Fasa 5

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi