Pelarasan kuota BUDI95 langkah sementara tangani krisis tenaga global

PENGURANGAN kuota subsidi bahan api BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter mulai 1 April ini adalah langkah sementara bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara, kata pemerhati politik, Norman Daud.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian mendalam kerajaan dalam menghadapi ketidaktentuan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

“Pengurangan ini bersifat sementara sehingga perang di Asia Barat reda dan bekalan minyak kembali seperti biasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan awal bagi mengelakkan situasi lebih kritikal seperti catuan penuh sekiranya bekalan semakin terhad.

Beliau berkata, walaupun kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz, jumlahnya masih kecil dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan domestik.

“Tidak semua bekalan minyak negara dibawa oleh kapal Malaysia, sebaliknya ada yang menggunakan kapal dari negara lain seperti Singapura dan Thailand.

“Selain itu, perjalanan kapal yang melepasi Selat Hormuz juga mengambil masa berminggu untuk tiba di negara ini,” katanya.

Norman berkata, Malaysia masih bergantung kepada import kira-kira 50 peratus bekalan minyak bagi memenuhi permintaan domestik, justeru langkah penjimatan perlu dilaksanakan.

“Ini bukan soal kerajaan ‘kedekut’ subsidi, tetapi realiti bekalan yang perlu diurus dengan berhemah,” katanya.

Beliau berkata, tanpa pelarasan kuota, negara berdepan risiko kekurangan bekalan di stesen minyak, pembelian panik serta kenaikan harga pasaran.

“Ketika itu, bukan lagi soal 200 atau 300 liter, malah untuk mendapatkan 20 liter pun belum tentu,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan mengambil pendekatan dua serampang dengan mengawal permintaan melalui pengurangan kuota sementara serta memastikan sektor kritikal seperti pengangkutan, pertanian dan logistik terus diberi keutamaan.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan rantaian bekalan makanan tidak terjejas yang boleh memberi kesan besar kepada rakyat.

Norman turut menegaskan krisis tenaga yang berlaku ketika ini adalah fenomena global dan banyak negara lain berdepan keadaan lebih mencabar.

Ujarnya, apabila konflik reda dan bekalan kembali stabil, kuota asal akan dipulihkan.

Beliau turut menggesa rakyat supaya kekal bersatu dan bersedia menghadapi cabaran semasa.

“Malaysia pernah melalui Krisis Kewangan Asia 1997-1998 dan pandemik Covid-19, dan kita berjaya mengatasinya.

“Sejarah membuktikan apabila kita bersatu, kita mampu bangkit semula,” katanya.

Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan had subsidi BUDI95 akan dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April 2026.

Beliau berkata, pelarasan itu bersifat sementara susulan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat ketika ini.

Related Posts

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Sandra terus ‘mekar’

MIRI – Biarpun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi dan persaingan sengit, seorang pengusaha kedai bunga di sini membuktikan kecekalannya apabila berjaya mengekalkan kelangsungan perniagaan yang dibina sejak 28…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI