Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dibuat ikut Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini akan membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri memberi jaminan pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan mengambil maklum perhatian dan kebimbangan orang ramai berkaitan hal pelantikan itu.

“Jemaah Menteri hari ini (semalam) membincangkan isu kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan serta mengambil maklum sepenuhnya akan perhatian dan kebimbangan orang ramai mengenai perkara ini.

“Kerajaan amat memahami keprihatinan rakyat mengenai pentingnya memelihara kelangsungan dan integriti institusi kehakiman sebagai tunjang kedaulatan undang-undang.

“Kerajaan juga menegaskan pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

“Perkara ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara yang wajib dipatuhi oleh semua pihak.

“Ini mencerminkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama beberapa wakil rakyat PKR mengadakan sidang media menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.

Beliau mendakwa, mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sudah dipanggil pada Jumaat lalu – tanpa mematuhi keperluan notis 10 hari – dengan tujuan membuat pencalonan semula bagi jawatan-jawatan yang kosong.

Dalam pada itu, Azalina berkata, berikutan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, tugas berkenaan akan dipangku oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sehingga jawatan itu diisi.

“Beliau akan menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan) sehingga jawatan tersebut diisi.

“Ini selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan perenggan 9(1)(b) serta subseksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

“Ia bagi memastikan kelangsungan pentadbiran keadilan negara. Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus memperkukuh keyakinan awam terhadap institusi kehakiman termasuk dengan meneliti langkah-langkah penambahbaikan jangka panjang ke arah meningkatkan ketelusan dan kebebasan badan kehakiman.

“Kerajaan juga ingin menyeru supaya semua pihak memberi ruang untuk proses yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan dapat berjalan dengan lancar dan sewajarnya demi kepentingan negara, kedaulatan undang-undang dan kestabilan institusi,” jelasnya.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar