Pelaburan syarikat MNC bernilai AS$150 bilion tidak libatkan duit rakyat – Tengku Zafrul

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa pelaburan bernilai AS$150 bilion oleh syarikat multinasional (MNC) di Malaysia tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan atau wang rakyat, sebaliknya merupakan perancangan pelaburan oleh syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Malaysia dipaksa mengimport produk bernilai RM150 bilion daripada Amerika Syarikat (AS) semata-mata untuk mendapatkan tarif yang lebih rendah daripada negara itu.

“Ia adalah perolehan yang dirancang oleh syarikat-syarikat MNC seperti Intel, Texas Instruments, Google, Amazon Web Services (AWS) dan Microsoft yang melabur di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang. Wang itu milik mereka, bukan milik rakyat Malaysia,” jelas beliau menerusi satu kenyataan video yang turut dimuat naik di media sosial rasmi beliau.

Tengku Zafrul menjelaskan bahawa antara faktor AS mengenakan tarif ke atas Malaysia adalah kerana wujudnya lebihan dagangan, iaitu Malaysia mengeksport lebih banyak produk ke AS berbanding jumlah import dari negara itu.

Maka, bagi menunjukkan keseimbangan dalam hubungan dagangan dua hala, kerajaan telah membentangkan senarai perancangan pembelian oleh syarikat tempatan dan MNC daripada AS.

“Kita tanya syarikat-syarikat di Malaysia syarikat-syarikat apa barangan yang sedang dan akan dibeli daripada AS. Mereka berikan senarai. Senarai ini kita kemukakan kepada kerajaan AS,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pelaburan oleh syarikat MNC membawa manfaat besar kepada negara, khususnya dari aspek pembangunan ekonomi dan penciptaan pekerjaan.

“Contohnya, Google merancang membina pusat data di Malaysia. Sudah tentu mereka perlu mengimport pelbagai peralatan dari AS sebagai sebahagian daripada pelaburan itu. Namun, pelaburan ini akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, dan dalam masa sama memantapkan ekosistem digital negara,” tambah beliau.

Menurut Tengku Zafrul lagi, pelaburan langsung asing (FDI) sebegini adalah bukti keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang strategik dan berdaya saing.

Beliau turut memaklumkan bahawa segala penjelasan berkenaan isu ini telah dikemukakan secara rasmi di Parlimen dan berharap masyarakat dapat memahami konteks sebenar mengenai perkara ini.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia