PBB hargai peranan Malaysia terajui ASEAN dan perjuang isu Palestin

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Malaysia dalam menerajui ASEAN serta pendiriannya yang konsisten memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengiktirafan itu disampaikan oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, dalam pertemuan dua hala di sela-sela Perhimpunan Agung PBB.

Menurut beliau, Guterres memberi sokongan penuh terhadap kepengerusian Malaysia dalam ASEAN dan mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur, Oktober ini.

“Guterres amat menghargai dan memuji peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Saya juga telah menyerahkan surat jemputan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada beliau,” katanya pada sidang media di Pejabat Misi Tetap Malaysia ke PBB, hari ini.

Mohamad menambah, Guterres turut menzahirkan rasa gembira dengan pendirian Malaysia berhubung Palestin, termasuk ucapan lantang Perdana Menteri memperjuangkan hak rakyat Palestin.

“Beliau menegaskan bahawa tindakan Malaysia selaras dengan hasrat beliau selaku Setiausaha Agung PBB dan akan memberi sokongan dalam apa-apa bentuk yang diperlukan demi menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata ketegasan Malaysia dalam isu Palestin turut mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ketika Mesyuarat Koordinasi Menteri Luar OIC di ibu pejabat PBB.

“Banyak negara menghargai ucapan tegas Perdana Menteri di Doha. Kini masanya untuk bertindak dan memastikan keputusan OIC dilaksanakan segera di peringkat PBB,” ujarnya.

Pada mesyuarat itu, Malaysia turut mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak AS$100,000 (RM420,000) kepada Tabung Amanah Kemanusiaan OIC bagi membantu etnik Rohingya.

Selain itu, Mohamad turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Jordan, Bahrain, Mesir, Turkiye, dan Slovenia, serta Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini.

Slovenia antara lain menyatakan hasrat memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Malaysia telah menyerahkan instrumen penyertaan bagi Konvensyen Mengenai Pendaftaran Objek yang Dilancarkan ke Angkasa Lepas kepada Timbalan Setiausaha Agung PBB, Elinor Jane Britt Hammarskjold.

Konvensyen tersebut bertujuan mewujudkan sistem pendaftaran objek angkasa yang telus dan bertanggungjawab, sekali gus memperkukuh keselamatan serta kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa lepas.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat