PBB bimbang rancangan Israel luas penjajahan di Gaza

LAPORAN mengenai rancangan perluasan penjajahan Israel di Gaza amat membimbangkan, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Isnin.

Beliau turut memberi amaran bahawa ia akan mengakibatkan lebih banyak kematian orang awam dan kemusnahan yang lebih dahsyat.

Menurut jurucakapnya, Farhan Haq menyatakan bahawa Setiausaha Agung amat terkejut dengan laporan mengenai rancangan Israel untuk memperluaskan operasi darat dan melanjutkan kehadiran tenteranya di Gaza, dalam satu sidang media.

“Rancangan Israel ini sudah pasti akan menyebabkan lebih banyak kematian orang awam dan kemusnahan di Gaza.

“Apa yang amat penting sekarang ialah menamatkan keganasan, bukannya menambah lagi kematian dan kemusnahan.

“Gaza adalah, dan mesti kekal, sebagai sebahagian penting daripada sebuah negara Palestin masa depan,” katanya, sambil mengulangi gesaan Guterres agar satu gencatan senjata yang segera dan kekal dilaksanakan serta pembebasan semua tebusan.

Pada awal hari tersebut, Kabinet Keselamatan Israel sebulat suara meluluskan rancangan untuk memperluaskan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza dan menduduki kawasan tertentu dalam wilayah itu.

Dalam kenyataan rasmi, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa kabinet telah meluluskan rancangan operasi yang dibentangkan oleh Ketua Angkatan Tentera, Eyal Zamir, bertujuan untuk mengalahkan Hamas dan memastikan pembebasan tebusan Israel yang masih ditahan di Gaza.

Rancangan itu turut mengarahkan tentera untuk menawan Gaza dan mengekalkan kawalan ke atas wilayah berkenaan.

Menurut laporan Saluran 12 Israel, rancangan berkenaan juga melibatkan pemindahan secara paksa penduduk Palestin dari Gaza utara ke kawasan selatan.

Sejak serangan Israel bermula pada Oktober 2023, lebih 52,500 rakyat Palestin — majoritinya wanita dan kanak-kanak — telah terkorban dalam serangan yang disifatkan sebagai kejam.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, Israel turut berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berikutan tindakan ketenteraannya di wilayah tersebut.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil