India mula serang Pakistan

NEW DELHI – Ketegangan antara India dan Pakistan kembali memuncak apabila tentera India melancarkan serangan udara ke atas sembilan lokasi di Pakistan dan wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa dan mencetuskan tindak balas Islamabad.

Serangan lewat malam tadi (waktu tempatan) itu dilancarkan sebagai tindakan balas terhadap insiden berdarah pada 22 April lalu di Kashmir India, yang mengorbankan 26 pelancong.

Menurut kenyataan rasmi New Delhi, operasi dikenali sebagai Operasi Sindoor itu hanya menyasarkan ‘infrastruktur pengganas’ dan bukannya kemudahan tentera Pakistan, dengan alasan serangan tersebut bertujuan menghalang ancaman terhadap India.

“Tindakan kami bersifat terancang dan tidak bertujuan untuk mencetuskan konflik yang lebih besar,” menurut kenyataan itu.

Saksi melaporkan letupan kuat, tembakan artileri dan pesawat tempur berlegar di ruang udara beberapa lokasi sempadan di Kashmir.

Beberapa kawasan termasuk Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir Pakistan, dilaporkan bergelap selepas serangan.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengesahkan bahawa Islamabad sedang memberi respons terhadap serangan berkenaan, namun tidak memperincikan langkah diambil.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Punjab mengisytiharkan darurat di wilayah berkenaan dan semua hospital berada dalam kesiapsiagaan tinggi.

Pakistan mendakwa India melancarkan peluru berpandu ke tiga kawasan awam termasuk dua buah masjid, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 12 cedera.

Menteri Pertahanan Pakistan menegaskan bahawa semua lokasi diserang adalah kawasan awam dan bukannya kem militan.

Sementara itu, tentera India menyatakan di platform X bahawa ‘keadilan telah ditegakkan’ selepas operasi itu.

Washington menyuarakan kebimbangan berhubung situasi itu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyifatkan konflik itu sebagai ‘memalukan’ dan berharap ia segera reda.

Related Posts

Majoriti keluarga di Gaza hadapi krisis air yang serius

KIRA-KIRA 90 peratus keluarga di Semenanjung Gaza kini mengalami kekurangan air yang sangat kritikal akibat kerosakan besar terhadap infrastruktur ketika serangan ketenteraan berlanjutan ke hari ke-583. Menurut sumber perubatan, lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin adakan rundingan perkukuh hubungan dua hala dan isu serantau

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu, menurut laporan agensi berita TASS. Menurut perkhidmatan akhbar Kremlin, perbincangan antara kedua-dua pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi