Pasukan guaman keluarga cadang Jabatan Peguam Negara dakwa pembuli Zara

KOTA KINABALU – Pasukan guaman keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa individu-individu yang disebut dalam keterangan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, yang menjurus kepada unsur buli sebelum kejadian menimpa pelajar berusia 13 tahun itu.

Menurut kenyataan mereka, sekiranya keterangan tersebut boleh dipercayai di mahkamah, pendakwaan boleh dibuat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kami mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara agar mendakwa individu atau individu-individu di dalam keterangan-keterangan tersebut yang melakukan buli di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

“Di bawah seksyen tersebut, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan,” kata kenyataan itu di sini pada Khamis.

Kenyataan bersama dibuat oleh pasukan peguam terdiri Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasse.

Namun, tambah mereka, sekiranya keterangan tersebut tidak cukup kuat atau tidak mencukupi untuk membentuk kesalahan di bawah peruntukan itu, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkukuh bukti.

“Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut tadi. Pendakwaan boleh dilakukan kemudian,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pasukan peguam menyifatkan hasil pendedahan sidang media oleh Pasukan Petugas Khas JSJ pada Rabu membuktikan bahawa ‘plot twist’ yang ditularkan beberapa minggu lalu di platform-platform media kononnya anak guam menjadi punca kematian Zara adalah tidak benar.

‘Plot twist’ itu adalah satu naratif jahat dan jijik yang direka untuk memfitnah anak guam kami dan Zara,” kata kenyataan itu.

Mereka turut merakamkan penghargaan kepada Datuk M Kumar, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Petugas Khas atas tindakan pantas menyiasat kes kematian tersebut.

“Kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis di atas, kami merayu agar anda tampil ke hadapan. Salurkan maklumat anda kepada polis.

“Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami.

“Kami berterima kasih dan menghargai seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa mencari keadilan untuk Zara. Dalam pada yang sama, elakkan membuat spekulasi yang tidak benar tentang kes kematian Zara,” ujar mereka.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi