Pembangkang terus gugat Kerajaan MADANI dek kemaruk kuasa

TINDAKAN Wayta Moorthi yang didukung oleh parti pembangkang termasuk Pas, Bersatu dan Pejuang mempersoalkan kelayakan Perdana Menteri selepas hampir tiga tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara jelas bermotifkan politik, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, proses pelantikan Perdana Menteri telah disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak pernah dipertikai di Parlimen.

“Ketika kerajaan sibuk merangka dan membentang dan seterusnya melaksanakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), mengawal kos sara hidup dan menarik pelaburan, pembangkangkang memilih dan mengheret negara ke kancah polemik perundangan yang memecah belahkan rakyat.

“Rakyat perlukan kestabilan dan tindakan segera dalam isu ekonomi, bukan drama politik bersiri yang mengalih perhatian negara daripada kerja membina masa depan,” jelasnya.

Menurutnya, Pengampunan Diraja adalah kuasa mutlak di bawah Perlembagaan dan telah dilaksanakan mengikut proses sah.

“Apa yang menghairankan saya sewaktu Waytha Moorthy menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak pula beliau membantah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Port Dickson .

“Beliau juga tidak membantah Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat. Agaknya selepas doa dari ulama Pas menembusi telinga Waytha Moorthy baru terbuka hatinya.

“Cubaan mempertikai pengampunan ini hakikatnya adalah cubaan mencabar keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagaimanapun Mahfuz menghormati kebebasan mahkamah tetapi menegaskan bahawa tindakan saman ini sebenarnya bermotifkan politik untuk menggugat kestabilan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat dan disahkan oleh institusi diraja.

Menurutnya lagi, negara memerlukan tenaga, buah fikiran, masa dan sumber untuk memacu ekonomi, membina infrastruktur serta memperkukuhkan kesejahteraan rakyat.

“Pembangkang sepatutnya bertindak sebagai semak dan imbang dengan cadangan membina, bukan mencari peluang memecahbelahkan negara melalui isu yang telah lama selesai secara sah.

“Negara perlukan kestabilan untuk maju. Saman politik ini bukan demi rakyat. Ia hanyalah helah pembangkang untuk menganggu pentadbiran negara. Kerajaan tetap kekal fokus pada kerja dan bukan drama politik bersiri,” katanya.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan