Siasatan kes kematian pelatih Palapes, UTM beri kerjasama penuh bersama keluarga

PUTRAJAYA – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberikan jaminan untuk bekerjasama kepada keluarga serta pihak berkuasa dalam siasatan punca kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22.

Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menegaskan, jaminan itu diberikan bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan selaras dengan keperluan undang-undang.

“UTM mengambil maklum mengenai sidang media yang diadakan semalam oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama ahli keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

“Pihak UTM merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua pihak.

“UTM menghormati pihak keluarga dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya, pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, menuntut kubur anaknya itu digali semula bagi melakukan bedah siasat kali kedua.

Difahamkan, tuntutan itu dibuat kerana tidak yakin punca kematian anak sulung daripada tiga beradik itu disebabkan sawan sebagaimana yang dimaklumkan pihak terbabit.

Menurut Ummu Haiman, dia percaya Allahyarham anaknya itu dibelasah, dipukul dan didera hingga meninggal dunia ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (Pulada), Ulu Tiram, di sini, pada 28 Julai lalu.

Pada 1 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman dilaporkan berkata, siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi-saksi dan pegawai perubatan yang terlibat bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Bagaimanapun katanya, hingga kini dia belum menerima sebarang perkembangan hasil siasatan berkenaan.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO