PAS kawan yang tak setia, sentiasa berubah sokongan – Aiman Athirah

NIBONG TEBAL – Tindakan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengaburkan gambar bendera dan ‘bunting’ Perikatan Nasional (PN) di media sosial memberi isyarat jelas bahawa parti itu sedang mengalami perpecahan dan wujudnya permasalahan dengan Bersatu.

Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu berkata, dilema itu mampu diterjemahkan apabila ketiadaan kelibat jentera Bersatu turun berkempen bersama PAS bagi memastikan calon mereka, Abidin Ismail mampu mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurut beliau, PAS boleh dikategorikan sebagai kawan yang tidak setia, disebabkan pemimpinnya sering berubah-ubah dalam menentukan pendiriannya demi kepentingan peribadi.

“Mungkin kita boleh lihat PN ini ada lagi atau tidak, disebabkan ketika penamaan calon pun, kita tidak nampak pemimpin-pemimpin utama mereka, khususnya dari Bersatu. Jadi, biasalah PAS dia (pendirian) boleh berdiri sendiri. Ini rakyat perlu lihat bahawa sebenarnya gabungan yang paling kukuh itu ada di mana.

“Sentiasa berubah sokongan, tidak berpendirian dan tiada setia kawan adalah PAS. Saya pun dah berpengalaman dengan PAS, Saya tidak menolak (tindakan Amar) kerana akhirnya mereka mampu berdiri dengan sendiri jua,” katanya ketika ditemui media selepas ceramah perpaduan di Dewan Serbaguna Sungai Buaya, malam tadi.

Baru-baru ini, Mohd Amar memuat naik beberapa gambar di Facebooknya ketika program bersama jentera di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, namun, peliknya bendera dan ‘bunting’ yang terpapar tulisan PN pada setiap gambar di lokasi ceramah telah dikaburkan.

Malah, ada gambar ‘bunting’ kempen Abidin turut dikaburkan semua, kecuali paparan muka calon.

Tindakan itu seolah-olah mengesahkan pendedahan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini bahawa PAS ada perbincangan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyarankan agar PAS menyertai Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kerajaan persekutuan lebih stabil di samping kebajikan rakyat di kawasan pembangkang akan lebih terbela jika menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau bermula dengan niat untuk rakyat, itu adalah perkara yang baik. Kita tahu wujud pergaduhan di dalam PN. PAS harus mengambil langkah sebaiknya demi kebajikan rakyat. Saya tahu PH tidak sempurna namun saya sebagai Ahli Parlimen (PH), ada niat dan usaha baik telah dilaksanakan.

“Pembangkang ini perlu sebab ada peranan mereka namun kalau berbalah lebih baik (PAS) keluar, ia dilihat menjadikan kerajaan lebih sejahtera namun kalau ideologi atau dasar yang menyebabkan tidak boleh duduk bersama, tidak mengapa yang penting kurangkan main politik memudaratkan,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti