Fitnah masih jadi bahan kempen pembangkang di Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu menyatakan kekecewaannya terhadap pihak Perikatan Nasional yang mengulangi fitnah dalam kempen Pilihan Raya di Sungai Bakap.

“Pada saya kedua-dua (pihak) memainkan peranan aktiviti kempen yang bagus cuma saya sedikit kecewa apabila melihat beberapa kempen dari pihak PN masih mengulangi fitnah contohya menuduh Perdana Menteri sebagai anak angkat Amerika Syarikat dan penyokong Israel zionis.

“Sungguh pun mengkritik tentang subsidi, rasionalisasi subsidi diesel, bincang dengan lebih waras, jangan memberikan maklumat yang tidak tepat contohnya subsidi diesel nelayan telah ditarik balik, subsidi diesel bas sekolah bas ekspres ditarik balik ianya tidak betul.

“Pihak sana yang masih menggunakan naratif yang sama, propaganda, maklumat yang tidak tepat serta tidak merujuk pada data,” katanya.

Aiman berkata demikian kepada wartawan selepas ceramah kelompok di Kampung Besar, Sungai Bakap.

SPR menetapkan 6 Julai sebagai tarikh membuang undi di PRK DUN Sungai Bakap selepas kematian penyandangnya Nor Zamri bin Latiff pada 24 Mei lepas akibat mengalami komplikasi di bahagian perut.

Related Posts

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengadakan perbincangan berhubung senarai nama calon baharu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

Calon Ketua SPRM baharu sudah ada, tunggu masa diumum – PM

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?