Parti Muda berkubur di Kluang, semua ahli sertai UMNO

KLUANG – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kluang secara rasmi terkubur selepas kesemua kira-kira 100 ahli diketuai Ketuanya, Shikh Mohd Farkhann meninggalkan parti dan menyertai UMNO.

Keputusan itu sekali gus menoktahkan status Muda terutama di Kluang yang menjadi tanda tanya selepas hampir setahun mendiamkan diri.

Shikh Mohd berkata, keputusan diambil kerana beliau melihat Muda sebagai parti sangat inklusif, berlapang dada menerima muka baharu serta ikhlas dalam perjuangan.

“UMNO juga memberi peluang untuk membimbing mereka berpotensi serta berhasrat untuk berkhidmat dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Dengan penyertaan kami ke dalam UMNO, maka Muda di Kluang berkubur secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau menegaskan, sekiranya Muda bertanding secara solo dalam keadaan semasa akan menghadapi kesukaran kerana ramai pengundi muda melabelkan parti ini sebagai tiada pendirian serta hala tuju yang jelas.

“Malah, sesetengah dasar dilihat terlalu banyak berkompromi. Oleh itu, walaupun Muda bertanding secara bebas, amat sukar untuk segera membalikkan persepsi negatif yang terbentuk ini.

“Jalan untuk berdikari adalah panjang dan penuh cabaran, mungkin memerlukan masa sepuluh tahun atau lebih dengan perlu melalui fasa kekurangan sumber dan pembinaan semula akar umbi.

“Ia bukan sahaja sukar, malah memerlukan sokongan akar umbi yang sangat kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Shikh Mohd memaklumkan, beliau mengambil pendirian menyertai Pemuda UMNO kerana sayap parti itu dilihat berani bersuara dan berjuang ikhlas demi masa depan anak bangsa dan negara.

Pada masa sama, beliau yakin Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada semangat keterbukaan dan inklusif, bersedia menerima bakat daripada golongan muda dan pelbagai latar belakang serta sektor.

“Saya menasihatkan Muda sekiranya berhasrat bergerak secara bebas agar mempertimbangkan untuk menjenamakan semula parti dengan misi dan visi yang jelas.

“Walaupun risiko memulakan semula adalah tinggi, ia tetap lebih baik daripada kekal dalam keadaan serba salah seperti sekarang dengan satu kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, seolah-olah sebuah badan organisasi (NGO) dan bukan sebuah parti politik,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi