Padah merempit, buruh dipenjara 10 bulan

LAHAD DATU – Seorang penunggang motosikal dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 pada Khamis selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti lumba haram di lampu isyarat Lapangan Terbang Lahad Datu.

Tertuduh lelaki berumur 21 tahun yang bekerja sebagai buruh itu membuat pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Mahkamah turut memerintahkan kesalahan tersebut diendors pada lesen memandu tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengancam keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000, selain kesalahan diendors pada lesen memandu dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, hukuman tersebut diharap menjadi pengajaran kepada tertuduh dan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan demi keselamatan bersama.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak agar tidak terjebak dengan aktiviti lumba haram yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Orang ramai juga diingatkan supaya memiliki lesen memandu yang sah dan tidak mengubah suai kenderaan sehingga melanggar undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Pada 21 Disember lalu, tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan kegiatan disyaki lumba haram oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Dalam kejadian itu, seorang penunggang dilaporkan melanggar lampu isyarat merah sebelum terlanggar sebuah kenderaan lain di lampu isyarat Lapangan Terbang Lahad Datu.

Related Posts

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

KANOWIT – Inisiatif Sarawak menyediakan akses pendidikan tinggi percuma di semua universiti milik kerajaan negeri perlu dijadikan pemangkin semangat buat pelajar untuk mengejar kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

KUANTAN – Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, menganjurkan majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk dua pelajar sekolah itu yang meninggal dunia akibat lemas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

Inisiatif pendidikan percuma jadi pemangkin ubah masa depan Anak Sarawak

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

SMK FELDA Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

6 pelajar ditahan belasah remaja akibat tuntut hutang

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan