Motif wang pertunangan, dua lelaki ditahan kes bunuh

Oleh: Umaefifah

KOTA KINABALU – Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh susulan penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan pembuangan sampah Pekan Indah Permai, Menggatal, pada 12 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat hasil risikan dan maklumat awam yang diperoleh sejurus laporan diterima.

Menurutnya, pada jam kira-kira 4.30 petang hari kejadian, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu menjalankan operasi di Kampung Sri Kenangan, Sepanggar, selepas saksi memaklumkan mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

Susulan itu, pada jam lebih kurang 8.10 malam, seorang lelaki berusia 71 tahun ditahan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II bagi membantu siasatan.

Tidak lama kemudian, kira-kira jam 10.30 malam, seorang lagi lelaki berumur 19 tahun turut diberkas di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

Polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian yang dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan bagi tujuan siasatan lanjut.

Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dan memaklumkan motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis menegaskan kes berkenaan dipandang serius dan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional demi memastikan keadilan ditegakkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI