Ingkar rawatan tibi, lelaki dipenjara enam bulan

SANDAKAN – Mahkamah Majistret Sandakan di sini, pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki dalam kes pertama di Sabah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 selepas gagal meneruskan rawatan tuberkulosis (tibi) seperti diarahkan pihak berkuasa kesihatan.

Majistret Yong Ching Hong menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 30 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa gagal mematuhi perintah untuk meneruskan rawatan tibi serta bertindak dengan cara yang boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit tersebut.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di tempat awam.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 22(b) akta sama kerana gagal mematuhi perintah sah yang dikeluarkan pegawai diberi kuasa.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Siasatan kes dikendalikan pegawai penyiasat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Haslinda Arifin, manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa PKP, Sufri Ismail.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melengkapkan rawatan tibi mengikut keperluan serta tempoh yang ditetapkan pihak kesihatan.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan