Padah jual barang kawalan tanpa lesen, premis dikenakan tindakan

KULIM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah berjaya menumpaskan aktiviti penjualan minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi, gula dan tepung gandum tanpa lesen menjual barang kawalan dalam satu serbuan di kawasan pembinaan sebuah kilang di Kulim hari ini.

Menurut Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, KPDN Cawangan Kulim dengan kerjasama KPDN Alor Setar teĺah melakukan Operasi ‘Kita Gempur’ di kawasan berkenaan pada jam 12 tengah hari hasil risikan yang dijalankan selama ini.

Katanya, hasil operasi itu pihaknya telah menemui seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengaku sebagai penjaga premis runcit berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan sejumlah minyak masak, gula dan tepung gandum disimpan dalam premis tanpa lesen yang sah. Sehubungan itu pihak KPDN telah menyita 967kg minyak masak polybeg bersubsidi, 480kg tepung gandum dan 23kg gula dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM3,925.35.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan mana-mana orang yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat sekiranya terbabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

KPDN ingin memberikan amaran kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan bersubsidi agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah dikuatkuasakan.

Pihak KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibatdalam penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan