Selangor serah sumbangan banjir RM500,000 untuk Kelantan

KERAJAAN Selangor hari ini menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada kerajaan negeri Kelantan bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Penyerahan sumbangan berkenaan dilakukan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, dekat Kota Bharu.

Amirudin memaklumkan sumbangan itu sebagai tanda persefahaman dan semangat keinsanan antara kedua negeri.

“Ini adalah bantuan kali kedua… sebelum ini kita ada serahkan (bantuan) pada 2022.

“Ia bukan perkara aneh, sebaliknya sumbangan ini tanda persefahaman dan semangat keinsanan yang ingin disuburkan Kerajaan Selangor.

“Malah, kita sesama Kerajaan Negeri ingin menyuburkan budaya bantu membantu antara satu sama lain.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu proses pemulihan pasca banjir di Kelantan,” katanya seperti dikongsi dalam laman sosial Facebook.

Kunjungan hormat Amirudin ke Kelantan itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dan Exco Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi.

Dalam pada itu, Mohd Nassuruddin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kerajaan Selangor yang sentiasa membantu Kelantan.

“Bantuan seperti ini bukan perkara baharu antara negeri. Sebelum ini juga mana-mana negeri dilanda musibah, negeri lain pasti membantu menyampaikan bantuan.

“Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Selangor.

“Bantuan ini akan digunakan kepada mangsa banjir terutama yang terjejas teruk khususnya di Pasir Mas dan Tumpat.

“Kita akan lihat apa yang mereka perlukan dan akan agih sumbangan menggunakan bantuan ini.

“Bagi sembilan buah rumah yang musnah sepenuhnya, Kerajaan Persekutuan akan membina semula kediaman mereka, cuma Kerajaan Negeri perlu menyediakan tanah lain kerana tapak lama kini menjadi laluan air,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan