MITI giat usaha rundingan dengan AS, bantu industri terjejas – Tengku Zafrul

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia dan sedang giat dalam proses rundingan bersama pihak berkuasa negara tersebut.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membangunkan strategi komprehensif untuk mengurangkan potensi impak kenaikan tarif itu.

“Ini termasuk memanfaatkan Perjanjian Perdagangan Bebas sedia ada seperti CPTPP dan RCEP, menggunakan Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA) untuk manfaat perdagangan bersama dan memuktamadkan Perjanjian Perlindungan Teknologi dengan AS, serta memupuk kerjasama baharu dalam ASEAN.

“Kami juga akan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan Malaysia dengan mempercepat pelaksanaan dasar perindustrian utama seperti Pelan Induk Perindustrian “Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Di peringkat ASEAN, mesyuarat pertama Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN yang ditubuhkan pada Permukiman Menteri Ekonomi ASEAN pada Februari 2025 juga akan diadakan tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, walaupun negara sedang menghadapi cabaran yang besar, asas ekonomi Malaysia kekal mantap.

Katanya, ditambah pula dengan permintaan domestik yang stabil dan pasaran yang pelbagai sebagai penampan ekonomi negara.

“MITI komited untuk menyokong industri yang terjejas dan mengekalkan hubungan perdagangan yang kukuh dengan AS. MITI percaya ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan menghadapi cabaran ini,” ujarnya.

Hari ini, MITI dalam satu kenyataan berkata, Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas meskipun AS menaikkan tarif sebanyak 10 peratus dan mengenakan tarif timbal balik ke atas eksport Malaysia seperti diumumkan Presiden AS, Donald Trump.

MITI berkata, walaupun tarif baharu AS diberi perhatian serius kerajaan memandangkan ia berpotensi memberi kesan kepada perdagangan, Malaysia tidak akan mempertimbangkan untuk mengenakan tarif baharu dengan pendirian untuk mengekalkan semangat perdagangan bebas dan adil terhadap AS.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap