Miri simbol permulaan industri petroleum negara – Abang Johari

MIRI – Miri terus menjadi lambang bermulanya industri petroleum negara, sekali gus menzahirkan sumbangan besar Sarawak terhadap pembangunan ekonomi Malaysia sejak lebih satu abad lalu.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Miri mencatat sejarah penting apabila menjadi lokasi penggerudian minyak pertama negara oleh syarikat Shell pada 1910.

“Melihat kepada sejarah ini, pemilihan Miri sebagai tuan rumah sambutan Hari Sarawak 2025 amat bertepatan.

“Ia mencerminkan peranan besar bandar ini sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi, bukan sahaja untuk Sarawak, tetapi juga untuk negara,” katanya semasa berucap pada Sambutan Hari Sarawak 2025 di Stadium Bandaraya Miri pada Selasa.

Abang Johari turut menjelaskan pewujudan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) yang digubal semasa pentadbiran British menjadi bukti pentingnya sumber petroleum Sarawak sehingga memerlukan kerangka undang-undang tersendiri bagi pengurusan yang lebih sistematik.

“Industri minyak dan gas bermula di Sarawak, dan sejak itu, kita kekal sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Menurutnya, Sarawak kini menyumbang 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tersenarai dalam tiga negeri teratas yang menyumbang kepada ekonomi nasional.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI