SARA RM100: Penerima bujang zahir terima kasih keprihatinan Kerajaan MADANI

LAHAD DATU –  Penduduk kategori bujang khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah menzahirkan terima kasih kepada kerajaan atas penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ‘one-off’ sebanyak RM100 yang disifatkan sebagai bukti keprihatinan terhadap semua lapisan masyarakat termasuk individu bujang berpendapatan rendah.

Seorang penerima di Kunak, Sarimah Amir, 32, berkata, inisiatif itu amat bermakna kepada penerima kerana selain Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan turut prihatin menyalurkan SARA kepada individu bujang selain pasangan berkeluarga.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih pada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif SARA yang sudah pasti tidak meminggirkan masyarakat luar bandar kerana bantuan menerusi kad pengenalan.

“Untuk SARA ini merupakan kali pertama saya terima dan nilai RM100 ini memang amat membantu kami dalam membantu keluarga membeli barangan dapur dan keperluan di rumah.

“Jadi, saya amat gembira juga sebab kerajaan turut memberi pelepasan am atau cuti pada 15 September nanti,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Rabu.

Sementara itu, Arina Nabilah Jifrin, 28, semasa ditemui turut gembira apabila cuti diberikan pada 15 September ini dan akan memanfaatkan cuti berkenaan untuk bersama keluarga.

“Terima kasih PM kerana menambah cuti sempena Hari Malaysia kerana ini memberi peluang pada kami untuk meluangkan masa yang lebih pada diri sendiri dan keluarga untuk berehat.

“Sebelum ini cuti sehari saja dan selalu kita akan mohon cuti sebelum atau selepas 16 September, tapi kali ini cuti selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa bantuan ‘one off’ SARA bagi rakyat Malaysia yang diumumkan amat penting bagi menangani kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Pada Rabu, Anwar menerusi satu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia menyatakan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos ini, setiap warganegara dewasa berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara ‘one-off’ melalui MyKad di bawah program SARA.

Bantuan pertama kali dalam sejarah ini boleh dibelanjakan bermula 31 Ogos sehingga 31 Disember tahun ini bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

Dalam pengumuman sama, 15 September 2025 (Isnin) turut diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Menurut Anwar, cuti am ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia selain galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri