Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

TAIPING – Sebanyak 605 peket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) disita daripada sebuah premis di Lorong IKA, Industri Kamunting Aman di sini, selepas didapati memiliki stok melebihi had yang dibenarkan dalam lesen.

Minyak masak peket tersebut dipercayai digunakan untuk penyediaan makanan oleh dan untuk pekerja warga asing yang turut menjalankan operasi makanan di premis terbabit.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan dilakukan dalam satu operasi bersepadu Ops Tiris oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping pada Khamis.

“Hasil pemeriksaan menemukan pek minyak masak 1kg disimpan dalam empat tong ais dan bakul raga di ruang belakang premis yang dijadikan dapur memasak.

“Minyak masak tersebut dipercayai digunakan untuk memasak makanan yang dijual kepada pekerja warga asing dan operasi premis itu turut dikendalikan oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati pemilik premis merupakan seorang wanita tempatan berusia 36 tahun, yang memiliki minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan dalam lesen kawalan bekalan.

Jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM1,512.50.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen.

Related Posts

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei