Membangun semula sekolah pondok: Tradisi diperkuat, teknologi diserap

UMUMNYA mengetahui sekolah pondok menjadi benteng ilmu sejak sekian lama dari zaman nenek moyang lagi sehinggalah ke hari ini.

Memang tidak dapat dinafikan sekolah pondok merupakan tempat suburnya akhlak pelajar dan medan melahirkan ulama serta cendiakawan yang memperjuangkan nasib bangsa kita sebelum merdeka lagi.

Bagaimanapun hari ini realitinya bahawa sekolah pondok telah lama terpinggir dari arus perdana pembangunan pendidikan sehinggalah jasa sekolah itu kini kian dilupakan oleh masyarakat.

Sebelum ini majoriti sekolah pondok berada dalam keadaan amat daif. Bangunannya uzur, kemudahan asas tidak mencukupi dan sistem pengajaran tidak disokong oleh sumber kerajaan secara tetap.

Ramai pelajarnya tinggal di asrama yang sempit, guru mengajar tanpa gaji tetap dan semuanya bertahan atas semangat jihad menuntut ilmu.

Lebih menyedihkan, sekolah pondok hari ini sering dilihat ‘asing’ daripada sistem pendidikan negara dan ini menyebabkan ada setengahnya tidak diiktiraf malah dipinggirkan.

Tidak hairanlah ramai ibu bapa lebih bersedia menghantar anak-anak mereka yang mahu mengikuti pengajian agama di sekolah yang ditadbir oleh kerajaan.

Justeru, ramai mudir sekolah pondok mengeluh kerana sekolah pondok kini hanya dijadikan tempat untuk anak-anak bermasalah.

Susulan daripada itu kejayaan sekolah pondok kurang memberangsangkan jika dibandingkan seperti zaman dahulu.

Namun, kini kita melihat angin perubahan yang dibawa oleh Kerajaan MADANI terhadap sekolah pondok sangat berlainan dengan kepimpinan sebelum ini.

Melalui Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecah tembok kelesuan sekolah itu dengan menyalurkan bantuan kewangan bagi memperkasakan sekolah pondok yang menjadi nadi kemajuan bangsa Melayu sebelum ini dalam dunia pendidikan.

Kerajaan bukan sekadar menghulurkan bantuan kewangan tetapi juga dari segi penstrukturan , pengiktirafan dan peningkatan kapasiti sekolah pondok.

Kedatangan Kerajaan MADANI ke sekolah pondok bukan untuk mengambil alih pentadbiran sekolah tetapi untuk menyokong dan memperkasakan lagi sekolah berkenaan.

Penulis difahamkan Kerajaan MADANI bukan sahaja membina sekolah serta menaik taraf infrastruktur sahaja tetapi turut memberikan peluang latihan kepada guru-guru.

Semuanya itu dilakukan dengan penuh hormat kepada warisan dan identiti sekolah pondok.

Lebih menarik lagi Kerajaan MADANI turut membawa satu gagasan berani dengan memperkenalkan elemen Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pendidikan sekolah pondok.

Berdosakah dengan membawa masuk AI dalam sistem pendidikan di sekolah pondok Adakah akan membebankan lagi pelajar sekolah pondok untuk mengikutinya?

Sebenarnya sistem pondok kita sudah jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan sistem pengajian agama di Timur Tengah.

Dahulunya penulis terkejut dengan golongan profesional mereka di sana yang kebanyakannya mampu menghafaz al-Quran.

Ini berbeza dengan pelajar agama kita yang berjaya menjadi doktor atau jurutera tetapi sukar untuk menguasai al-Quran.

Bagaimanapun dengan usaha kerajaan akhir-akhir ini negara kita kini sudah mampu melahirkan golongan profesional yang turut mampu menjadi seorang hufaz.

Dengan itu lahirlah aliran Ulul Albab seperti di Maktab Rendah Sains MARA.

Melalui subjek AI yang diperkenalkan nanti kita mahu anak-anak pondok bukan sahaja hebat dalam ilmu agama tetapi juga celik teknologi, fasih dalam data dan bersedia untuk menghadapi dunia yang sedang berubah dengan pantas.

Kerajaan MADANI tidak mahu mereka hanya menjadi penonton kepada revolusi digital. Kita mahu mereka menjadi pemimpin yang berakhlak dan berilmu sama ada di duniawi dan ukhrawi.

Adalah tidak keterlaluan jika penulis menyatakan bahawa PMX bukan sahaja seorang pemimpin berwibawa malah turut berani menyentuh institusi sekolah pondok demi memperkasakan sistem sekolah itu.

Maka lahirlah pertanyaan adakah Anwar Ibrahim seorang yang zalim seperti yang dimomokkan oleh pembangkang?

Adakah memperkasakan sekolah pondok itu sama dengan mengancam syiar Islam?

Bagaimana pula dengan seorang mantan Perdana Menteri yang sanggup menarik bantuan sekolah agama rakyat yang menyebabkan banyak sekolah ditutup.

Inikah yang dikatakan perjuang Melayu dan Islam sehingga beliau disanjung oleh pemimpin sebuah parti yang berlabelkan Islam?

Dunia kini kian ‘pening’ kerana yang mengembalikan semula peruntukan dipanggil zalim dan yang menghentikan bantuan sekolah agama dikatakan wira Melayu dan Islam.

Penulis yakin PMX tidak merampas identiti sekolah pondok malah beliau memperkukuhkannya lagi.

Sebagai rakyat kita wajib melihat inisiatif ini bukan dari lensa politik semata-mata tetapi sebagai satu usaha ke arah kemajuan ummah.

Related Posts

Ops Tiris: Ketegasan MADANI tutup ruang ketirisan, lindungi bekalan rakyat

DALAM landskap ekonomi global yang tidak menentu, keupayaan kerajaan mengawal rantaian bekalan domestik terus menjadi penentu kepada kestabilan negara. Pelaksanaan Ops Tiris oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat sebagai respons…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI