Memahami prosedur lantikan Ketua Hakim Negara

SEBELUM kita terus kepada tajuk utama ini, adalah lebih bersesuaian jika kita mengulangkaji semula struktur pentabdiran sebuah negara mengamalkan demokrasi berparlimen.

Sebagai permulaan, kita perlu faham mengenai kewujudan tiga badan utama yang membentuk negara Malaysia sejak sekian lama.

Badan itu adalah Pemerintahan (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Judisiari (Kehakiman).

Setiap satunya mempunyai peranan terpenting dalam memastikan pentadbiran negara, kesejahteraan warga dan keharmonian rakyat kekal terpelihara.

Merujuk kepada badan Eksekutif, ia berperanan penting dalam mentadbir negara, menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar, merangka dasar Persekutuan dan mengetuai badan pengampunan.

Badan Legislatif pula bertanggungjawab menggubal undang-undang, menumpukan kepada hal berkaitan pentabdiran, mengurus kewangan negara menerusi sistem percukaian dan perbelanjaan, serta mengendalikan aduan dan ketidakpuashatian rakyat melalui jalan penyelesaian bersesuaian.

Akhir sekali badan Judisiari pula banyak berperanan dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang.

Badan Judisiari ini dibahagikan kepada mahkamah atasan merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Khas, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak.

Bagi mahkamah rendah pula dibahagikan kepada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Kanak-kanak.

Bagaimana hakim ini dipilih dan dilantik?

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman diperkenalkan pada 2009 (Akta 695) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Menurut ulasan ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman diadakan ’untuk mendukung kebebasan berterusan badan kehakiman’ yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri.

Tugas suruhanjaya itu adalah untuk menerima permohonan orang yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan hakim di semua peringkat mahkamah atasan.  

Suruhanjaya berkenaan akan bermesyuarat dan memilih calon yang sesuai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh akta itu. Nama calon yang dipilih bagi sesuatu jawatan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya.

Jika beliau tidak  bersetuju dengan nama dicadangkan, beliau boleh meminta dua nama lagi bagi setiap kekosongan.

Selepas itu, Perdana Menteri dikehendaki berunding (consult) dengan orang-orang dan Majlis Raja-Raja seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Dengan merujuk kepada Akta 635 itu, Abdul Hamid secara jelas memaklumkan bahawa akta berkenaan tidak menyebut kekananan sebagai satu faktor dikehendaki dalam kenaikan pangkat hakim.

Yang disebut (dalam Akta 635) adalah integriti, kompetensi dan pengalaman; objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik; ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masa dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang.

Selain itu, kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan akhir sekali kesihatan fizikal dan mental.

Secara umumnya, pemilihan dan pelantikan Ketua Hakim Negara bukan dibuat oleh satu pihak, tetapi membabitkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, nasihat Perdana Menteri dan juga tapisan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Ini bagi memastikan negara tidak sekali lagi berdepan krisis perlembagaan seperti tahun 1988 yang menyaksikan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Mohamad Salleh Abas digantung dan kemudian dilucutkan jawatan.

Related Posts

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

SUNGGUH mengecewakan!Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam. Kenyataan itu bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Lawatan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Terengganu baru-baru ini sememangnya satu perkembangan yang positif dalam hubungan serantau dan wajar dihormati. Namun di sebalik publisiti besar-besaran yang dimainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar