Melaka dipilih tuan rumah WTD 2025

TBLISI – Melaka dipilih secara rasmi sebagai tuan rumah bagi Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dengan tema ‘Pelancongan dan Transformasi Mampan’

Menariknya, Melaka bakal memaparkan Malaysia sebagai titik pertemuan budaya yang mengekalkan warisan budaya autentik dan keindahan alam semula jadi.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing selepas menerima baton daripada Georgia yang merupakan tuan rumah WTD 2024.

Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusof, dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni, dan Budaya Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman turut hadir ke Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025.

Ab Rauf dalam satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, WTD 2025 bakal menghimpunkan lebih 150 Menteri-Menteri Pelancongan dari seluruh dunia pada acara perhimpunan pelancongan terbesar.

“Saya optimis delegasi kerajaan Melaka ke Georgia sempena WTD 2024 dapat mempelajari serta memanfaatkan kemeriahan acara tersebut di Melaka setahun dari sekarang.

Selain itu, beliau mahu memastikan Malaysia khususnya Melaka bakal diserikan dengan acara penuh gilang-gemilang dalam meraikan delegasi pelancongan antarabangsa pada WTD 2025 dan WTC 2025 ke bumi bersejarah Melaka.

Acara ini melibatkan kira-kira 160 negara anggota yang hadir sebagai platform untuk meraikan kesan global sektor pelancongan ke atas nilai sosial, budaya, politik, dan ekonomi.

Melalui acara ini, Malaysia turut mempamerkan komitmennya untuk mengekalkan identiti unik negara sebagai destinasi pelancongan yang mampan dan kaya dengan warisan budaya.

Acara WTD ini akan diadakan serentak dengan edisi ke-7 Persidangan Pelancongan Dunia (WTC).

Pelancongan mampan semakin penting berikutan cabaran global seperti perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti, yang memerlukan usaha pemeliharaan warisan alam semula jadi dan budaya demi generasi akan datang.

WTD dan WTC 2025 menjadi signifikan untuk Malaysia kerana ia menegaskan komitmen negara terhadap amalan mampan, termasuk infrastruktur mesra alam dan pelancongan berasaskan komuniti yang seimbang dari segi pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab sosial.

Acara besar ini turut bertepatan dengan Pengerusi Asean 2025 Malaysia dan kempen ‘Tahun Melawat Malaysia 2026’ yang mampu menarik lebih ramai pelancong.

Sebelum itu, Abdul Razak berkata Melaka membuat persediaan sebagai tuan rumah bagi memastikan persidangan tersebut berjalan lancar.

“Daripada segi persiapan kita akan bermula dari sekarang bagi menyambut kehadiran seramai 155 negara yang akan berkampung di Melaka selama satu minggu,” ujar beliau.

Selain itu, beliau yakin dengan persediaan Melaka menjadi tuan rumah WTD 2025 ini dan hanya perlu sedikit penambahbaikan.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia