
KOTA SAMARAHAN – Peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memperkasakan seni dakwah di Sarawak sangat penting.
Oleh itu, penganjuran Festival Kesenian 2024 untuk terus memperkasa kesenian dakwah di Sarawak.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, Datuk Rubiah Wang berkata festival menampilkan cabang seni dakwah seperti pertandingan tilawah Al-Quran, nasyid, dan Da’i, mampu menarik minat remaja dan masyarakat untuk mendalami ajaran Islam.
“Saya mengucapkan tahniah kepada KEMAS Sarawak kerana penganjuran festival tersebut membawa impak positif kepada masyarakat,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penutupan Festival Kesenian Islam Sarawak 2024 pada Ahad.
Pada majlis yang sama, Rubiah turut menyampaikan hadiah kepada para juara bagi setiap kategori yang akan mewakili Sarawak di Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan 2025.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS Malaysia, Rafea’ah Nahar, dan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Anisah Saidin.



