Usaha guru libatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum patut dipuji – Edwin Banta

TATAU – Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta memuji usaha guru untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kokurikulum.

“Usaha yang ditonjolkan oleh semua pihak terutama guru di sekolah menunjukkan prestasi membanggakan sekali gus menonjolkan bakat pelajar,” kata beliau.

Beliau berkata, Pasukan Tandak Remang berjaya memenangi tempat kedua pada peringkat negeri dalam dalam Karnival Kesenian ASAT (Anugerah Sri Asrama Terbilang) merupakan usaha keras para guru.

“Selain itu, Pasukan Rugbi sekolah yang berjaya melahirkan anak-anak SMK Tatau yang mewakili negeri Sarawak ke peringkat Sukma,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis Perasmian Penangguhan Karnival Kokurikulum Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform dan Program Sentuhan Kasih SMK Tatau 2024 pada Sabtu.

Sementara itu, Edwin turut menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan alat tulis kepada pelajar SMK Tatau yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Turut hadir Penolong PPD Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Felicia Kiai.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy