Media Sarawak rakan strategik jayakan agenda pembangunan sosial negara – Nancy

KUCHING – Peranan media di Sarawak sebagai penyampai maklumat yang tepat, beretika dan berjiwa rakyat terus diiktiraf apabila mereka disifatkan sebagai rakan penting dalam menjayakan agenda pembangunan sosial negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri menzahirkan penghargaan kepada warga media atas dedikasi mereka dalam menyampaikan maklumat yang benar serta membentuk kefahaman masyarakat terhadap dasar kerajaan.

“Saya amat menghargai rakan-rakan media yang bukan sahaja menyebar berita, tetapi juga menulis dengan hati, menyuarakan kebenaran dan memperjuangkan kisah rakyat. Tanpa anda, banyak kejayaan kementerian tidak akan diketahui umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sarawak Media Night 2025 di Grand Margherita Hotel pada Ahad malam. 

Nancy menegaskan tahun 2025 menjadi tahun pengukuhan dasar dan pelaksanaan bagi KPWKM, dengan pelbagai dasar utama kini berada dalam fasa pelaksanaan menyeluruh.

Antaranya ialah Dasar Sosial Negara 2030, Dasar Keluarga Negara 2.0, Dasar Kanak-Kanak Negara, serta Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pelan Tindakan Warga Emas 2026–2030.

“Melalui Belanjawan 2026, kementerian menerima peruntukan RM4.187 bilion, meningkat berbanding tahun lalu — bukti kepercayaan kerajaan terhadap kepentingan kesejahteraan sosial. Daripada jumlah itu, RM3.1 bilion diperuntukkan bagi bantuan kepada lebih 560,000 penerima termasuk warga emas, kanak-kanak dan OKU,” jelasnya.

Nancy turut menekankan pelaksanaan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia (Malaysia Care 2026–2030) yang memperkukuh ekosistem penjagaan inklusif dari bayi hingga warga emas, termasuk latihan penjaga, naik taraf pusat jagaan, dan insentif cukai kepada majikan yang menyediakan kemudahan penjagaan anak dan warga emas.

Dalam aspek pemerkasaan wanita, beliau berkata program seperti PERANTIS Wanita, KasihNita, Skuad WAJA, TAGS, serta WeJANA dan MEKAR terus memperkasa wanita dari pelbagai latar belakang melalui latihan, keusahawanan dan advokasi sosial.

“Saya berbangga melihat ramai wanita Sarawak muncul sebagai pemimpin komuniti, usahawan sosial dan tokoh media. Ini bukti suara wanita bukan sekadar untuk didengar, tetapi perlu dihargai dan diraikan,” katanya.

Nancy turut menjelaskan bahawa kementerian akan terus memperkukuh usaha melindungi dan membangunkan kanak-kanak melalui Dasar Kanak-Kanak Negara dan Program KASIH Kanak-Kanak, termasuk pendidikan mengenai sentuhan selamat serta advokasi komuniti agar setiap anak membesar dalam persekitaran yang selamat dan positif.

Selain itu, Sistem eBantuan JKM kini dilaksanakan sepenuhnya di Sarawak bagi mempercepatkan penyaluran bantuan kebajikan, manakala Sistem InfoBencana JKM 4.0 membolehkan mangsa bencana menerima bantuan wang ihsan dengan lebih cepat dan efisien.

“KPWKM komited memastikan tiada rakyat yang terpinggir ketika mereka paling memerlukan. Kami akan terus memperkukuh dasar dan melaksanakan perubahan yang memberi kesan langsung kepada rakyat,” tegas beliau.

Nancy turut menyeru media Sarawak untuk terus menulis berita yang menyatukan rakyat dan membangunkan jiwa bangsa.

“Media adalah mata, telinga dan suara masyarakat. Teruslah menulis kisah yang membawa harapan, kasih dan kemanusiaan,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada semua petugas media atas sumbangan mereka.

Majlis Sarawak Media Night 2025 diadakan bagi menghargai peranan media dalam membina hubungan erat antara kerajaan dan masyarakat serta meraikan komitmen wartawan dalam menyampaikan berita berasaskan integriti dan tanggungjawab sosial.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi