Media AS isytihar Harris menang debat calon Presiden

DEBAT antara calon Demokrat, Kamala Harris dengan calon Republican Donald J. Trump mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pakar.

Media Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Harris memenangi perdebatan calon Presiden AS.

Ini disebabkan Harris berjaya menjawab segala soalan dengan tenang berbanding Trump yang kelihatan agak emosi.

Selain itu, Harris juga dilihat menyampaikan hujah berkaitan dasar awam dan luar AS dengan lebih bernas.

Undian pendapat umum menunjukkan perdebatan antara kedua-dua calon Presiden AS berjaya menaikkan semula imej Demokrat.

Ini berdasarkan statistik umum yang dilakukan oleh CNN menunjukkan 63 peratus memilih Harris memenangi perdebatan tersebut berbanding Trump hanya memenangi 37 peratus.

Pakar Tomeka M Robinson berkata Trump seharusnya memberi fokus kepada idea dasar AS berbanding mengeluarkan retorik yang dilihat agak kurang sesuai dan penuh dengan emosi.

Selain itu, pakar media AS Tammy R Vigil berkata Harris berjaya exploitasi kelemahan Trump yang dilihat terlalu fokus kepada sentimen emosi berbanding fakta.

Malah, penyanyi tersohor, Taylor Swift turut memberi sokongan kepada Harris.

Secara tidak langsung, sokongan Swift bakal memberi momentum yang agak besar kepada Harris.

Perdebatan calon Presiden AS juga menyebabkan saham media Trump Media & Technology Group Corp turun 14 peratus.

Trump Media & Technology Group Corp merupakan syarikat induk platform media sosial Truth Social yang dimiliki oleh Trump.

Pakar berpendapat kemungkinan momentum pengundi AS akan memihak kepada Harris.

Pilihan raya Presiden AS akan berlangsung pada 5 November ini.

Related Posts

Al-Aqsa, Gereja Makam Suci dibuka semula bermula Khamis

BAITULMAQDIS – Israel mengumumkan pembukaan semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di timur Baitulmaqdis yang diduduki bermula pagi Khamis, selepas kedua-dua tapak suci itu ditutup sejak 28 Februari lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump akur gencatan senjata 14 hari

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan ‘penangguhan serangan ketenteraan’ terhadap Iran selama dua minggu. Dalam satu kenyataan dimuat naik Rumah Putih di platform X, beliau berkata, gencatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang